Sebelum tahun 2021 berakhir, satu acara telah dianjurkan dan berjaya menyemarakkan kembali dunia modifikasi kereta selepas lama menyepi kerana pandemik. Dianjurkan oleh Velocity Motor Show, program Road 2 Pavilion ini juga diadakan untuk merasmikan kompleks belah beli terbaharu, Pavillion 2 di Bukit Jalil.
Bagi memeriahkan lagi penganjuran Road 2 Pavilion ini, VMS turut memperkenalkan satu lagi modifikasi baharu iaitu Air Suspension. Walaupun bukan baharu dalam dunia modifikasi tempatan tetapi dengan cara ini, ia memberi peluang agar lebih ramai pemilik kereta boleh menyertai acara ini.
Selain memaparkan barisan kereta dengan pelbagai modifikasi, peluang ini digunakan para peminat dan pemilik kereta untuk berkumpul, beramah mesra dan tidak kurang juga bertukar-tukar pandangan tentang kereta masing-masing. Secara tidak langsung, penganjuran acara ini bukan sahaja merancakkan semula dunia modifikasi kereta tempatan dan dalam masa, memperkenalkan kompleks beli belah yang baru ini kepada orang ramai.