Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KELISA GINO THE KING!!!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/12/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Mengubahsuai sebuah kereta yang lengkap dari segenap segi adalah idaman ramai orang. Persoalan pokoknya tentulah duit. Dalam sesetengah kes pula, kebolehdapatan alat ganti menjadi cabaran terbesar.

Saya rasa sudah ramai yang pernah tengok Perodua Kelisa ini di petak autoshow. Dari luar nampak macam sebuah Mira Gino biasa, tetapi realitinya setiap inci bahagian badan kereta ini lebih lengkap daripada mana-mana Gino yang pernah kami jumpa. Malah, kalau dihantar ke Jepun pun orang-orang Daihatsu akan tabik hormat.

Mengumpulkan semua aksesori Gino bukan sahaja melibatkan duit. Tetapi turut melibatkan kesabaran dan masa untuk menanti alat ganti yang susah diperolehi walaupun ada duit setebal kamus dewan.

Langkah pertama yang dibuat sewaktu projek Kelisa ini dimulakan adalah dengan menukar enjinnya. Enjin yang dipilih ialah enjin Daihatsu Max EF-DET 660cc Turbo. Lebih kecil berbanding Kelisa, namun turbonya digantikan dengan turbin YRV, memang sedap untuk spool low end dan mid range. Sementara kepala selinder dibuat port & polish.

Selain itu, enjin ini banyak dipasang peralatan bolt-on seperti pam bahan api Walbro, penapis udara Apexi, injap blow-off HKS SSQ, palam pencucuh HKS, oil catch tank Cusco, boost controller smart dan lingkaran hos silikon Samco.

Gas-gas ekzos dibuang dengan berkesan menerusi downpipe custom, paip dua inci dan peredam bunyi RSR Magic. RSR Magic dengan K-Car memang kawan baik macam 5Zigen Fireball dengan enjin VTEC B series.

Kereta-kereta K-Car begini tidak jadi kekok dengan sistem transmisi automatik. Ia tidak pelik langsung sebab half-cut yang datang pun memang majoritinya ialah gear automatik. Saya masih ingat ketika berbual dengan jurutera Honda di Jepun dahulu. Katanya, gear manual tidak banyak dijual di Jepun. Sebagai contoh, Honda Jazz GD dengan tiga variasi enjin bertransmisi manual tidak sampai tiga peratus pun yang terjual.

Set suspensi yang digunakan pada Kelisa ini ialah Air Zenith pada keempat-empat penjuru. Suspensi udara ini dibuat di Amerika, kalau tak silap saya, syarikat pembuat produk ini pernah direbiu dalam majalah Rides.

Satu ketika dahulu, suspensi angin agak popular juga di autoshow tempatan. Tetapi tidak tahu kenapa beberapa tahun kebelakangan ini macam tak ada yang minat pula. Suspensi angin memang dicipta untuk bergaya supaya kereta boleh dimendapkan serendah-rendahnya, nak kata selesa memang jauh sekali lah.

Memisahkan kereta ini dengan tanah ialah rim Sakura 17 inci. Macam tak logik, tapi dengan lebar dan offset yang betul dan rim Jepun yang memang dicipta untuk K-Car apa ada hal. Kasi masuk saja lah. Dipasangkan bersama ialah tayar Nangkang bersaiz 165/40/17.

Hendak tahu besar ke tidak rim ni, ia kini boleh memuatkan cakera dan angkup AP-Racing bersaiz 330 mm di depan dan 260mm di belakang.

Kelebihan sebenar main kereta K-Car Jepun ialah bila bercakap hal-ehwal aksesorinya. Menurut pemiliknya, aksesori Kelisa/Gino masih boleh dibeli baru di Jepun. Tinggal pesan sahaja dan sediakan duit. Kalau tengok pada bahagian luar kereta, dapat dilihat bahawa kemasan yang dibuat sangat sekata dengan tema Gino yang menjadi tunjangnya.

Mula-mula, bodypart Gino facelift dipasang. Sebenarnya saya tak tau pun ada model Genki dan Kouki. Berdasarkan bodypart ini, penggunaan bampar krom dan hitam Gino 1000 dipasang sekali yang dikatakan lebih cun dan rare.

Bonet karbon fiber yang anda nampak ni memang asli dari model Minilite. Manakala aksesori krom seperti wheel arch garnish, pillar garnish, bonet lining, body lining semuanya original. Atas bumbung kereta ialah roof carrier aksesori Daihatsu dengan spotlight Cibie yang mahal tak ingat.

Aksesori lain ialah upper fender lamp, fog lamp, parking mark, ‘topi’ headlamp krom, lips karbon fiber dan fender signal garnish. Itu semua perlu dicari satu persatu, bukannya boleh dapat serentak macam beli basikal lumba.

Kemasan tambahan yang lain ialah bumbung jenis panoramik yang diambil daripada half-cut Mercedes A170. Akhir sekali, badan kereta ini dilayangkan dengan warna Brilliant Effect Orange. Apabila sudah siap, ia dipadankan pula dengan pelekat Padi Mira Gino. Pelekat badan ini dipesan terus dari Jepun sebab mahukan benda ori juga!

Bahagian kokpit pula memang sudah boleh dijangka. Mula-mula, pasangkan papan pemuka Gino yang mana konsol tengah L700 dicantumkan dengan konsol tengah Daihatsu Max. Amacam? Nampak pelik? Memanglah, mana ada Kelisa-Gino dengan konsol gear kat situ. Semuanya dibuat dengan kemas sampaikan kalau orang tak biasa dengan K-Car mesti ingat benda ni datang seketul daripada half-cut.

Padanan ini disempurnakan lagi apabila warna senada dicat pada perehat tangan dan panel pintu. Warna beige lembut pula digunakan untuk membalut tempat duduk. Perkakasan tambahan yang lain ialah meter cluster Daihatsu Max, pelapik pedal Mira L7, stereng Momo, karpet lantai Gino Minilite, side step Mira L7 dan kemasan Marble. Meter yang bersusun di atas papan pemuka itu jenama Defi.

OK. Dah siap. Jadi apa kaitannya kereta ini dengan tajuk The KING? Dua tahun lalu, sewaktu pameran HINKL di Stadium Malawati Shah Alam, Kelisa ini dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Sekali gus melayakkannya menerima piala dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Saya rasa, dalam pertandingan yang perlu bersaing dengan kereta body fibre, Kelisa Gino ini boleh berbangga keranan dipilih sebagai pemenang. Menurut juri yang saya sempat temuramah, satu kelebihan yang memang tidak ada pada kereta lain adalah perinciannya. lagi satu, Kelisa memang kereta yang praktikal kalaupun dipakai tanpa modifikasi. kereta ni memang best.

SPESIFIKASI

      • Model: Perodua Kelisa
      • Enjin: Daihatsu Max EF-DET 660cc Turbo, turbin YRV, enjin port & polish, pam bahan api Walbro, penapis udara Apexi, blow off HKS SSQ, palam pencucuh HKS, oil catch tank Cusco, Boost Controller Smart, hos silikon Samco
      • Ekzos: Down pipe custom, piping 2 inci, peredam RS*R Magic
      • Transmisi: Automatik tiptronik FWD
      • Suspensi: Air Suspension Air Zenith 4 point
      • Brek: Cakera & angkup AP-Racing (330 mm) depan, AP-Racing (260mm) belakang
      • Rim: Sakura 17 x 5.5J
      • Tayar: Nangkang 165/40/17
      • Warna: Brilliant Effect Orange

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Previous Post

SUBARU IMPREZA 2 PINTU

Next Post

HONDA CIVIC EK 2 PINTU

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved