Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KELISA DUA PINTU

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/02/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

KELISA DUA PINTU

Ini ialah Kelisa. Eh silap, Daihatsu Cuore. Memang bukan senang nak dapatkan body dua pintu ini kecuali anda ada lubang-lubang ajaib dengan pendaftaran nombor ganjil.

Maksud saya, beli body pekak tak potong casis. Tetapi jangan haraplah nak pandu atas jalan. JPJ negara mana nak beri geran?

Kereta ini dibuat untuk tujuan suka-suka. Pemiliknya nak buat berlumba sebab tak ada kerja sangat. Dalam perut kereta ni jauh sekali enjin EJ Kelisa Cuore atau JB 4 silinder Twincam. Paling tak disangka ialah enjin EF L200s.

Namun kalau ikut ensiklopedia pemain K-Car, inilah enjin paling versatil untuk dimodifikasi. Boleh lenjan sampai hancur. Kalau jahanam pun, enjin kosongnya sekali petik sepuluh yang datang.

Macamana nak jadikan enjin L200s ni power?

Perkara pertama yang dibuat oleh pemiliknya, Lan ialah merojakkan enjinnya terlebih dahulu. Kuatkan bahagian blok dengan conrod dan piston dari keluarga lain.

Mula-mula dia tak mau bagitau. Akhirnya terlepas cakap juga, pistonnya Nissan, conrod Toyota. Jadi macam tidak logik mana ada piston kecil yang boleh muat blok ini.

Sebenarnya, bok kereta ini telah disarungkan dengan blok EJ 1000cc. Head yang kena port & polish L200S itu memang sekadar wayang. Dalam head itu pun ada cam yang dibuat custom oleh Ujang Resing dengan cam pulley Works Engineering.

Turbo kecil L200 digantikan dengan Garret GT25. Bagi memastikan turbo ini cukup minyak dan oksigen untuk buat enjin bernafas, intake manifold asal empat segi digantikan dengan intake bulat custom dengan mulut ke blok empat kali lagi besar.

Injektornya juga digantikan dengan injektor GSR. Disebabkan isu bahan api selalunya jadi berita utama, dua buah pam dipasang. Dalam tangki pam Walbro dan untuk sedutan lebih cepat dari depan dipasangkan pam luaran daripada Subaru.

Benda lain yang dipasang ialah MSD iginition coil, blow-off Sard, wastegate Turbosmart dan sistem ekzos cangggih yang keluar pada bampar depan sahaja. Sementara intercooler yang serupa papan kenyataan itu datangnya daripada kit intercooler Greddy.

Paling best ialah transmisinya. Bukanlah ajaib ada 6 kelajuan atau sebagainya. Tetapi kotak gearnya dikacukkan dengan tiga makhluk Daihatsu yang berbeza. Perumahnya dari Kelisa, synchromesh, ratio dan gigi dari Detomaso G200 dan Charade G11. Dia punya pikap mencanak-canak jangan tak tau…

Seterusnya, suspensi. Dalam banyak-banyak kereta Lan yang saya tengok, ini kereta yang senonoh sikit sebab guna suspensi boleh laras TEIN. Apa ada hal, dalam 24 sehari, 20 jam dia duduk menghadap kontena kedai potong. Kalau saya pun mungkin pasang Aragosta, peduli apa.

Breknya pula depan guna GTTi turbo dan belakang daripada Detomaso. Bahagian kabin macam kereta lumba dengan tempat duduk jenis bucket, helmet, papan pemuka lompong sana sini dan rare juga karpet Minilite biru yang diletak macam tu saja. Masa saya mula-mula main Kelisa dulu, Fairus Bain beli karpet tu RM400 tau.

Membezakan kereta ini dengan Kelisa ialah ia tak ada pintu belakang. Jadi apabila dilayangkan dengan warna kuning dan sticker kiri kanan depan belakang atas bawah , ia nampak seperti kereta racing yang sebenar. Ia juga nampak laju, walaupun sebenarnya memang laju.

 

SPESIFIKASI

      • Model: Daihatsu Mira Cuore L700
      • Enjin: L200s dengan blok EJ-DE 1000cc, piston Nissan, Conrod Toyota, race cam, pulley Works Engineering, head L2, injektor GSR, intake custom, MSD Iginition, fuel pump luar Subaru, fuel pump dalam Walbro, blow-off Sard, intercooler kit Greddy, ekzos custom keluar muffler depan
      • Transmisi: Manual 5 kelajuan gabungan G11, Detomaso dan Kelisa
      • Suspensi: TEIN boleh laras
      • Brek: Depan GTTi, belakang Detomaso
      • Rim: Sparco Racing 15”
      • Dalaman: Papan pemuka Minilite, karpet Minilite, stereng Momo walnut, tempat duduk bucket
      • Luaran: Bodypart lengkap Gino Minilite

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

PERSONA MITSUBISHI EVO 7

Next Post

KENARI BODYKIT MOVE PEANUT

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved