Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Kecik Apa Ada Hal? Semangat Tu Yang Penting!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/12/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Kereta Perodua Kancil merupakan salah sebuah model yang popular diubahsuai dewasa ini. Berikutan harganya yang murah dan alatganti yang mudah diperolehi, kereta ini terus kekal sebagai model kecil yang diminati pelbagai lapisan rakyat Malaysia. Kebanyakannya diubahsuai dari sudut kosmetik atau kecantikan kerana terdapat begitu banyak komponen alatganti dari negara Jepun yang dibawa masuk oleh pengusaha alatganti terpakai di sini. Semenjak lebih 10 tahun yang lalu, peralatan dan corak pengubahsuaian Kancil tidak banyak yang berubah ketara. Budayanya masih serupa dengan kepelbagaian model yang boleh diadaptasi pada model versatil ini.

Namun segelintir individu lebih cenderung mengubahsuai ke arah aspek kuasa dan prestasi. Ia mungkin kerana kurangnya kereta ini dibina semula secara serius oleh peminatnya kerana ia masih dianggap sebuah kereta yang tidak stabil kerana faktor saiz dan dimensi binaannya. Mengikut hukum fiziknya juga, saiz kereta ini membantutkan banyak usaha untuk mencapai prestasi yang sepatutnya mampu dihasilkan sebenar olehnya. Sistem pengendalian tradisionalnya juga menjadi penghalang. Apatah lagi berbicara tentang pilihan alat prestasi tinggi yang dipasarkan untuknya.

Berbeza dengan negara Jepun, pilihan komponen peningkatan kuasa untuk Daihatsu Mira mungkin pelbagai. Namun halangan kecil itu sedikitpun tidak menghalang Jeff untuk terus berusaha meningkat taraf Kancil beliau seperti yang dikehendakinya. Setelah membuat beberapa kajian terhadap enjin dan potensi besar untuk diubahsuai di laman web dan majalah K-Car Jepun, beliau mengorak langkah pertamanya dengan menukar enjin Kancil yang baru beberapa bulan dibelinya. Enjin pilihan beliau ialah EF-JL dari model Mira L200S yang berkemampuan menghasilkan 64ps dan 9.4 kg tork. Mungkin secara perbandingannya, ia agak ketinggalan berbanding siri DOHC dari enjin JB L500, namun dari segi ketahanan dan kebolehupayaannya menerima pengubahsuaian telah menjadikan enjin ini satu pilihan mutlak.

Proses naik taraf enjin bermula dengan sistem turbo yang dikahwinkan mengikut teori tersendiri. Ia adalah gabungan turbin dan kipas berbeza untuk mendapat putaran yang tepat dengan kombinasi enjin. Sistem baru ini kemudiannya digandingkan dengan set interooler binaan hadapan buatan custom dengan laluan paip keluli tahan karat custom. Juga telah dipadankan ialah manifold intake yang ditempah khas mengikut dimensi yang telah disesuaikan dengan output kuasa enjin tersebut. Sebuah penyuntik tambahan berkapasiti 390cc dan pam bahan api dari Evo telah dipasangkan untuk membantu menghantar petrol dengan efisyen.

Bahagian dalaman enjin ini telah distruktur semula. Antaranya ialah dengan memadankan omboh daripada enjin Starlet 2E. Pengaliran keluar gas karbon monoksida pula ditempa semula dengan pemasangan paip berdiameter 2.5 inci dan peredam bunyi RSR. Dan dalam masa yang sama, pelapik klac dari Trinity telah dipasangkan pada kotak gear asal untuk meminimumkan tahap gelinciran yang biasanya boleh terjadi pada pelapik klac asal. Akhir sekali, kotak komputer Greddy E-Manage dipasang untuk talaan sepenuhnya pada enjin tersebut.

Sudut pemanduan kereta ini juga dipertingkatkan selaras dengan beban kuasa yang bakal dihasilkan enjin. Ianya telah dipasangkan dengan set penyerap hentak boleh laras yang lebih keras daripada HWL di keempat-empat penjuru. Kuasa yang dihantar ke permukaan jalan dipacu oleh roda Enkei berukuran 15 inci yang disalutkan dengan tayar-tayar Goodyear berukuran 165/55/15 di hadapan dan 175/55/15 di belakang. Seiring dengan kelengkapan pemanduan kereta ini ialah set brek daripada L500 di hadapan dan brek Honda Civic pada roda belakang. Cukup meyakinkan untuk memberhentikan kereta ini pada apa juga keadaan dan kelajuan.

Sebagai sebuah kereta yang dibina untuk prestasi, hampir keseluruhan bahagian luar kereta ini kekal dengan bodypart asal Kancil lampu bulat. Namun untuk mengenakan aura sporty, rekaan pelekat bebas custom telah dipadankan di atas warna kuning mutiara yang dilapiskan terlebih dahulu. Ilham perlumbaan juga menular ke bahagian kabin dengan pemasangan gajet lengkap yang terdiri daripada boost, exhaust temp, oil pressure dan oil temp dari Defi. Turut berada dalam liga tersebut ialah tolok bacaan suhu air dan RPM yang juga daripada jenama Defi.

Gajet seterusnya ialah pemasa turbo dan pemapar prestasi APEXi RSM serta sebuah pelaras tekanan boost APEXi AVCR. Untuk bahagian kerusinya pula, kerusi jenis bucket sepenuhnya telah dipadankan yang terdiri daripada jenama Recaro, di samping kerusi belakang dari L200S. Bagi mengukuhkan lagi pemanduan, pemandu diikat dengan tali pinggang keselamatan Sabelt. Stereng dan gear knob masing-masing dari jenama Momo.

Meskipun dibina bagi tujuan kepantasan, modifikasi di bahagian hiburannya tidak dilupakan. Dipadankan sebagai unit utama ialah pemain DVD Pioneer, disokong preamp Caliber, speaker Mohawk, amplifire Adam dan JBL. Bagi speaker hadapan dan sub belakangnya juga adalah dari JBL. Akhirnya, kereta ini sudah lengkap dengan sebuah pakej mikro sempurna yang mempunyai kuasa yang hebat dan rupa yang memukau.

SPESIFIKASI

      • Pemilik –
      • Pengeluar – Perodua
      • Model – Kancil 660
      • Tahun – 2003
      • Modifikasi Enjin – EF JL, L200S turbo intercooler, interooler buatan custom, paip keluli tahan karat, manifold intake tempahan khas, penyuntik tambahan 390cc pam bahan api Evo, omboh Starlet 2E, Ekzos 2.5 inci, peredam bunyi RSR, kotak gear dengan pelapik klac Trinity kotak komputer Greddy E-Manage.
      • Transmisi –
      • Elektronik –
      • Ekzos –
      • Suspensi – Suspensi HWL
      • Brek – brek hadapan L500, brek belakang Honda Civic.
      • Rim & Tayar – Rim Enkei 15X 6.5 inci, Tayar Goodyear 175/50/15
      • Dalaman – Papan pemuka L500, boost, exhaust temp, oil pressure dan oil temp Defi, stereng, APEXi RSM dan AVCR, Recaro Full bucket.
      • Luaran – Bodykit asal Kancil tahun 2003 dengan pelekat tempahan khas.
      • Bengkel –

Previous Post

Didatangkan Dengan Bumbung Solar, Menukar Cahaya Matahari Kepada Tenaga Elektrik

Next Post

Microlino 2.0 Bakal Memasuki Pasaran Pada Tahun 2021?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved