Nissan dari dahulu lagi memang terkenal sebagai pesaing dalam menghasilkan pelbagai kenderaan yang mampu menarik perhatian para peminatnya di seluruh dunia. Banyak model-model menarik telah berjaya menambat hati sekali gus membuatkan jenamanya semakin terkenal. Dengan menghasilkan pelbagai kenderaan yang hebat, mereka yakin mampu memonopoli pasaran pengeluaran kenderaan dengan mudah.
Tengok sahaja bagaimana Skyline mampu menundukkan ramai peminatnya sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan beberapa model yang lain dan semestinya mendapat perhatian sehingga ke hari ini. Nissan B13 ini contohnya, ia merupakan salah satu model yang popular suatu ketika dahulu. Kekuatan cesinya juga membuatkan ianya mampu bertahan hingga ke hari ini. Namun, rakyat Malaysia suka terhadap dunia modifikasi, maka berlakulah pelbagai proses transformasi yang akan lebih memuaskan hati pemiliknya.
Enjin asal GA16DE dari model ini telah digantikan dengan nadi baru berkod SR20 Neo VVL yang lebih berkuasa. Nadi SR20 Neo VVL ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Blok SR20VE dihuni oleh piston SR16VE manakala aci sesondol yang dipakai pada bahagian kepala silinder turut diikatkan dengan cam gear juga milik SR16VE. Penghantaran bahan api ke bahagian enjin dilakukan menggunakan pam milik Skyline R34 GTR dan dilaraskan melalui pelaras Tomei.
Kotak gear SR18 lengkap LSD dilengkapi klac Triniti 6 kaki semi-racing memastikan kuasa dari enjin mampu sampai ke bahagian roda dengan baik serta lebih kecekapan. Talaan keseluruhan enjin dibantu dengan penggunaan unit ecu EManage Blue.
Set suspensi boleh laras dari HWL memastikan keseluruhan jentera ini berada pada kedudukan yang bersesuaian serta selesa untuk semua sesi pemanduan. Ianya penting bukan sahaja dalam mengawal jentera ini ketika kuasanya diuji tetapi memastikan penampilannya juga tampak lebih menarik.
Kebanyakan peralatan dalaman jentera ini telah disalinkan kepada model GTS antaranya papan pemuka, panel pintu, tempat duduk dan perehat lengan di bahagian tengah. Turut dipakaikan, stereng Nardi pewangi Nissan, karpet Nissan JDM dan juga bar dari Ultra Racing di dalamnya.
Bahagian luarnya juga tidak kurang hebatnya. Set lampu Tsuru generasi ke-3 beserta lampu belakang melengkapkan lagi ciri yang ada pada jentera ini. Bumper GTS yang lengkap dengan 4 sportlight serta skirt sisi juga dari model GTS menyerikan lagi rupa jentera ini disamping hood depan yang dipasangkan di bahagian depannya.
Akhir sekali, padanan rim Racing Hart CP035 dibaluti tayar Bridgestone RE003 memastikan jentera ini mampu meluncur megah di atas jalan raya.
SPESIFIKASI
- Pemilik –
- Pengeluar – Nissan
- Model – B13
- Tahun – 1994
- Modifikasi Enjin – SR20 Neo VVL, blok SR20VE, piston SR16VE, cam SR16VE, adjustable cam gear Tomei, fuel pump GTR, fuel regulator Tomei, cable plug NGK R09, Iridium plug IK22, Blitz air filter
- Transmisi – Gearbox SR18Lsd & Clutch TRINITI Semi Racing 6puck
- Elektronik – SR16VE + E Manage Blue
- Ekzos –
- Luaran – Set Lampu Depan Tsuru 3rdgen Complete, Set Lampu belakang Tsuru, Bumper 4 Spotlight JDM Gts, Side Skirts Jdm Gts, Bumper Gts, Door visor JDM, Cermin 4 pintu Cromax, Bonet custom
- Suspensi – HWL Hi-Low Depan Belakang
- Brek – Nissan Persia (Depan) / Disc Belakang B13
- Rim & Tayar – Racing Hart cp035 (Taiwan), POTENZA RE003 (195/50/15)
- Dalaman – Dashboard Gts, Doortrim Gts, Seat Gts complete, Stereng Nardi (ori halfcut), ArmRest Tengah Gts Hitam, Blind Spot Nissan, Air purifier Nissan, Carpet Nissan Jdm Hitam 4 Keping, Ultra Racing bar
- Bengkel – Amat IRF Auto Service (Part Enjin) – Senawang, Iskandar Bodywork (Custom Bonet) – Senawang, Am Cat Garage (Body Paint) – Mambau, Apap Polish (Wax/Polish/DetailingCar) – Kg Dato Mansor, Joe Adam Auto Detailing (Fav Car wash) – Paroi Jaya