Kalau ada yang baru bercadang nak pakai kaki empat, Proton Satria mungkin antara pilihan yang boleh korang fikirkan. Ada rupa sukan, komponen gantian pun bersepah. Paling penting, ia dijual pada harga yang jauh lebih murah dari sebijik Kelisa!
Inilah masalah pasaran kereta terpakai. Bilamana sesebuah model itu mencapai usia sebenar, harganya akan jatuh merudum dan kekal di situ sampai bila-bila. Kusut chor dan golongan pembeli awal ler yang paling sakit.
Kepedihan anda, kenikmatan kami. Seperti pipih datang melayang, golongan pembeli baru akhirnya berpeluang memiliki sebuah kereta pada nilai lebih sepadan. Baru boleh bikin gempak-gempak. Tidak terkecuali kereta Satria ini yang telah dinaik taraf, setimpal dengan potensinya yang sebenar.
Untuk makluman, ini adalah kereta terakhir yang gua tembak sebelum mengambil keputusan meninggalkan kawasan lapangan buat sementara waktu. Peluru abes, takkan nak tunggu lagi. Kesian si Izz, sampai beruban bulu ketiaknya menunggu. Nasib baik Kaki Kereta muncul menyelamatkan keadaan!
Bahagian luar menerima salinan lengkap kit badan Mirage Colt generasi keempat yang memang sebijik macam Satria tempatan. Memandangkan ianya sebuah model 1.6-liter, kedudukan nombor plet terletak pada bahagian bumper belakang seperti model Mirage sebenar. Mudah ler sket, tak payah sibuk-sibuk nak kokak frame lampu belakang.
Sebagai kontra kepada warna merah kristal yang digunakan, bahagian hood, fender dan cermin sisi datang dengan kemasan karbon fiber. Bagi membolehkan Izz menonton bulan dan bintang, bahagian tengah bumbung telah ditebuk untuk menempatkan sunroof dari model Libero.
Ruang roda diserikan dengan rim popular Volk Racing TE37, bersama getah Toyo Proxes T1R berukuran 205/45ZR-16. Bagi menawan jalan yang berkonar-konar, sistem gantungan dinaik taraf menggunakan set suspensi boleh laras dari GAB. Sementara kuasa hentian pulak, dibantu set brek Mitsubishi GTO untuk depan dan belakang.
Sebagai kereta berhias, ruang dalam perlu diberi rupa yang lebih setimpal. Hampir kesemuanya dipinjamkan dari model Mirage Colt, kecuali papan pemuka yang diambil dari EVO III. Komponen kelas premium terdiri daripada stereng OMP RalliArt, tempat duduk depan Recaro TME, tempat duduk belakang Satria GTi yang dibalut semula, armrest telor, selain tombol gear, boot gear dan pedal RalliArt. Untuk gajet elektronik, terpampang 6 meter bijik meter Defi, pemasa enjin HKS, serta unit RSM dan AFC Neo Apexi.
Bukak hood depan, terpampang nadi kental 4G63T EVO III berkaler biru sebagai pilihan. Berpinau-pinau mata gua dibuatnya. Ia turut dinaik taraf menggunakan piston Toyota 1JZ, termasuk penempatan set cam camshaft 288° Brian Crower di bahagian kepala silinder.
Janaan kuasa datang dari turbo TD06 22G, yang disangkut pada manifold turbo kustom. Bagi meredakan tekanan di bahagian ini, disertakan bersama sebuah wastegate dari Tial. Proses sejukan boost seterusnya dibantu sebuah intercooler EVO VI dengan paip sambungan kustom. Sebaik dihalakan ke mulut throttle, lebihan tekanan akan dilepas keluar menerusi injap pelepas HKS.
Bekalan bahan api dibawa masuk oleh pam petrol Walbro, dengan unit regulator Works Engineering bertugas mengawal tekanan pada rel. Kuasa cucuhan dibantu kabel pencucuh NGK R09, manakala unit piggyback GReddy e-Manage bertindak menyelia keseluruhan ubahsuai yang dilakukan…