Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Inisiatif Tender Terbuka, Pastikan Proses Pemilihan Yang Adil Untuk Bengkel PARS

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
11/10/2022
in BULETIN, UTAMA

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) sedang mencari bengkel-bengkel Skim Pembaik yang Sah PIAM (PARS) di seluruh negara melalui tender terbuka untuk menyertai panel Pembaik Sah Allianz untuk tahun 2023 dan 2024.

Jemputan akan dihantar kepada semua bengkel PARS di seluruh negara pada 11 Oktober 2022. Bengkel-bengkel PARS yang berminat perlu mengemukakan permohonan sebelum atau pada 17 Oktober 2022.

Pembaik Sah Allianz adalah sebahagian dari perkhidmatan kemalangan 24-jam Allianz Road Rangers dari Allianz General, yang telah berkhidmat untuk lebih 330,000 pelanggan sejak pelancarannya pada tahun 2017 hingga Ogos 2022. Allianz General telah merombak panel bengkelnya pada tahun 2020 dan telah menerima 195 buah bengkel PARS melalui sebuah proses tender terbuka.

Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Williams berkata: “Inisiatif ini adalah untuk mengekalkan budaya persaingan dan kompeten serta menegaskan semula komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan tambah nilai yang terbaik kepada pelanggan kami. Oleh itu, kami sedang mencari pembaik yang diiktiraf PARS yang boleh memenuhi kriteria perkhidmatan kami dan mampu memberikan perkhidmatan Bantuan Kemalangan dan Tepi Jalan serta perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan kami.”

“Panel pembaik memainkan peranan yang sangat penting dalam operasi harian tetapi mengharungi persekitaran pasca pandemik adalah mencabar dengan bengkel-bengkel yang mengalami kekurangan tenaga berkemahiran, kenaikan kos pekerja dan harga alat ganti. Oleh itu kami kini telah mengambil kesemua faktor ini sebagai pertimbangan dalam memproses permohonan tender,” tambah Damian.

Selain dari rombakan panel pembaik, Allianz General juga telah menambah baik SOP untuk menyokong dan memastikan panel pembaik kekal menguntungkan dan kekal berdaya saing. Tambahan pula, Syarikat telah memperkenalkan bayaran pendahuluan untuk kesemua pembaikan. Lima peratus dari jumlah keseluruhan yang diluluskan akan dibayar sebaik sahaja diluluskan (termasuk kelulusan awal dan kelulusan laporan tambahan, dll), diikuti dengan 25 peratus (termasuk kelulusan tambahan) dan apabila Pembaik mengemas kini progres pembaikan pada 50 peratus, dan baki 25 peratus dibayar pada hari yang sama sejurus dokumen yang berkaitan dihantar.

“Matlamat kami untuk inisiatif tender terbuka ini adalah untuk memastikan proses pemilihan yang adil dan telus untuk bengkel PARS dan memberikan peluang yang adil buat mereka untuk berkerja dan berkembang bersama kami. Pada masa yang sama, kami mahu memberikan jaminan dan menyokong bengkel-bengkel pada masa yang sukar ini dengan mengeluarkan mereka dari kekangan kewangan dengan memperkenalkan bayaran pendahuluan, dengan harapan ia akan menjadi bantuan yang bermakna buat mereka,” kata Damian.

Allianz Road Rangers ialah sebuah perkhidmatan kemalangan 24-jam yang ditawarkan kepada semua pemegang polisi Allianz Motor Comprehensive untuk memastikan pengalaman pelanggan mudah dan lancar apabila membuat tuntutan kemalangan. Perkhidmatan ini menampilkan Talian Bantuan 24-Jam; armada Allianz Road Ranger (Pasukan Bermotosikal dan Trak Tunda Allianz); Perkhidmatan Bantuan Tuntutan; Baucar e-hailing; Kelulusan Tuntutan Segera; dan Penghantaran Kenderaan

Previous Post

Butang Fizikal Dikatakan Jauh Lebih Senang Digunakan Berbanding Skrin Infotainment!

Next Post

F-Type 75 Bakal Menemui Pemiliknya Awal Tahun Hadapan

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved