Apa itu Kenstyle? Mengikut kajian ringkas yang dibuat, mereka ni pakar dalam menghasilkan bodykit dan aksesori untuk pelbagai jenis kereta yang berpengkalan dekat Tokyo. Antara jenama kereta yang mempunyai hasil tangan dari Kenstyle adalah Toyota, Lexus, Mazda, Subaru, Nissan, Infiniti, Honda, BMW, Chrysler dan Mercedes Benz.
Untuk mendapatkan hasil yang agak pelik seperti jentera Myvi ini ianya bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Mungkin disebabkan kesukaran untuk mendapatkan segala alat ganti dan aksesori Kenstyle, ianya boleh dikatakan hasil yang sangat hebat kita pernah lihat. Enjin asal sudah tidak lagi bertenaga, maka nadi 3SZ 1.5 liter menjadi pilihan yang terbaik. Jentera ini nadinya tidak dilakukan sebarang naik taraf yang gila, cuma disorokkan dan disusun kemas segala wayar-wayar yang tidak sepatutnya.
Sistem pemberhentian jentera ini telah dinaik taraf dengan pemakaian kaliper brek Endless 4 pot untuk bahagian depan ditambah pula dengan rotor berukuran 320mm dan rotor belakangnya pula dipasangkan dari model Honda SM4. Set penyerap hentak boleh laras Hi-Low Tein bertugas untuk memastikan kedudukan jentera ini boleh diubah mengikut keselesaan penggunanya dan membantu dalam pengendalian yang lebih baik.
Bahagian dalamannya pula disalinkan terus milik Passo 07 yang telah dibaluti dengan gentian karbon keseluruhannya termasuklah papan pemuka. Lain-lain aksesori yang dipasangkan untuk kepuasannya adalah tempat duduk OKU di sebelah penumpang depan, cermin pandang belakang Tiffana House, stereng Momo Euro, kren untuk kerusi roda OKU dan macam-macam lagi! Korang boleh rujuk spesifikasi dan tengok semua gambar yang dilampirkan. Keseluruhan sistem audionya pula Carrozzeria gaisss!
Kit badan Passo 07 Kenstyle yang digunakan pada jentera ini kelihatan amat menarik. Walaupun ringkas, ianya mempunyai rekaan yang tersendiri. Beberapa aksesori tambahan dipakaikan untuk tampak lebih menarik seperti sunroof Toyota Harrier 3 step dan emblem Kenstyle keseluruhan jentera ini. Beberapa bahagian jentera ini telah dibaluti dengan gentian karbon antaranya pintu belakang, fender sisi, pemegang pintu depan dan belakang, hood hadapan, bonet belakang, pelindung tangki minyak, pelindung lampu kabus serta pelindung wiper.
Hal yang sangat menarik perhatian di sini adalah rim Sakura CF berukuran 17 yang digunakan pada jentera ini. Ini betul-betul bangsawan punya permainan. Tayar Bridgestone Potenza RE003 membaluti kesemua rim tersebut. Macam mana dia dapat idea nk buat macam ni? Berapa kos semua ni? Arghhhhhh, pening kepala jap! Carbomarz, nak sponser CF untuk EX5 tak?
SPESIFIKASI
- Pemilik – Azwan Shah
- Pengeluar – Perodua
- Model – Myvi 1.0 Manual
- Tahun – –
- Enjin Asal – 1.5 3SZ Auto
- Luaran – Bodypart Toyota Passo 07 model Kenstyle, sunroof Toyota Harrier 3 step, Keyless(4 door), fullset emblem Kenstyle, eksoz tip Kenstyle, stabilizer bar 5 beradik D-Sport, wiper PIAA CF
- Gentian Karbon – Aksesori dalaman carbon fiber, hood depan, bonet belakang, fender, pintu belakang, pemegang pintu, cover side mirror, cover tank, cover wiper, cover foglamp
- Suspensi – TEIN Hi Lo Soft Hard
- Brek – Caliper Endless 4 pot brek kit + rotor 320mm, brek belakang SM4
- Rim & Tayar – Rim Sakura carbon fiber (7jj) offset 45, tayar 205/45/R17 Bridgestone Potenza RE003
- Dalaman – Passo 07, tempat duduk OKU 07 + remote, pedal OKU, brek kaki OKU, Tiffana House Snowboard (ibu&anak), Stereng Momo Euro button controller, panel modes silver, Ketupat alarm Passo, autolight Passo, autostart Passo, OBD info meter, corner sensor Passo, mirror down Passo, meter Defi ZD Advance, Phone holder Carrozzeria model SDA-SC510, ETC Toyota, kren OKU (Wheelchair), tray Passo, tray makan CF, side step, answer back led, stiker JAF 10/20/30/40
- Audio : Carrozzeria model AVIC-ZH0009CS, Carrozzeria model TS-WX99A, Carrozzeria model TS-STX510, Carrozzeria model TS-CH700A, Carrozzeria model TS-STH700, Carrozzeria model TVM-PW910, Carrozzeria model TS-ST910
- Bengkel – Aqeef Garage, Tok Addy Garage, Carbomarz Racing Carbon Fiber, CarbonKids, IHK Auto Colour, FK Car Accessories