Perkara paling penting bagi penjagaan sesebuah enjin itu bukan sahaja bagaimana anda membelainya tetapi menerusi beberapa hal yang lain termasuklah penggunaan minyak enjin yang terbaik dan bersesuaian. Setiap komponen di dalam bahagian enjin memerlukan perlindungan untuk mengurangkan geseran sekaligus memanjangkan lagi jangka hayat setiap satu daripadanya. Mungkin tidak nampak dengan mata kasar dan disebabkan itulah kita harus membuat pilihan bijak sebelum menggunakan sesuatu produk.
Antara hal yang perlu kita ambil tahu sebelum memilih jenis minyak enjin yang bersesuaian merangkumi kadar kelikatan, jenisnya serta kesesuaian yang telah ditetapkan oleh pengeluar minyak enjin tersebut. Yang pastinya, jenis minyak enjin pilihan anda telah terbukti prestasi serta keberkesanan penggunaannya.
Untuk pengetahuan, kita seharusnya memilih jenis minyak enjin yang telah mendapat pengiktirafan piawaian dari JASO atau singkatan daripada Japanese Automotive Standard Organization. Minyak yang mendapat pengiktirafan dari JASO juga merupakan pilihan paling baik kerana ianya telah melalui proses piawaian yang sangat ketat seterusnya akan memastikan ketahanan dan membantu jangka hayat enjin akan menjadi lebih lama.
Idemitsu merupakan sebuah pengeluar minyak dengan pengalaman lebih 100 tahun dalam industri automotif dunia. Jenama ini sangat terkenal di kalangan para penggunanya di seluruh dunia. Sebagai satu nama yang gah di pasaran antarabangsa, Idemitsu sentiasa menghasilkan formula-formula baharu dalam mengikut peredaran dan permintaan di pasaran. Kini, idemitsu memperkenalkan barisan beberapa minyak enjin terbaharu yang lebih berprestasi dengan teknologi lebih terkini untuk kenderaan petrol dan juga diesel.
SN/GF-5 0W-20 merupakan minyak enjin sintetik sepenuhnya yang direka khas dengan formula terkini ILSAC GF-5 dalam membantu kecekapan penggunaan bahan api lebih baik. Ianya menawarkan perlindungan yang sangat hebat, menyejukkan enjin sekaligus dapat mengurangkan geseran yang boleh mengakibatkan bunyi enjin terlalu bising. Dengan ketahanannya pada suhu yang tinggi, ianya dapat memastikan prestasi enjin sentiasa berada pada tahap yang cemerlang dalam apa jua keadaan. Ianya ditawarkan hanya untuk kenderaan petrol.
SN/CF 5W-40 dan SN/GF-5 5W-30 adalah minyak sintetik sepenuhnya juga turut direka khas dalam penjimatan penggunaan bahan api lebih baik. SN/CF 5W-40 direka bagi kenderaan berenjin petrol dan diesel manakala pilihan SN/GF-5 5W-30 khas untuk enjin petrol sahaja. Prestasi enjin menjadi lebih baik dengan tawaran perlindungan enjin yang lebih maksimum.
Dengan suhu enjin yang lebih terkawal dan rendah ketika dipacu, ianya juga dapat mengurangkan kadar kehausan komponen di dalam enjin serta membantu untuk memanjangkan hayat sesebuah kenderaan itu. Bahan khas yang diformulakan di dalamnya juga dapat memastikan penjanaan enjin lebih lancar. Ketahanannya pada suhu yang tinggi akan membuatkan kadar bahan deposit dalam enjin berkurangan serta memastikan tindak balas enjin yang lebih cekap. Yang pastinya, ia membantu untuk anda menghidupkan enjin dengan lebih mudah.
Terdapat 2 pilihan minyak enjin separa sintetik iaitu SN/CF 10W-40 bagi enjin petrol dan diesel manakala SN/GF-5 5W-30 khas untuk enjin petrol sahaja. Kedua-duanya mempunyai ciri yang memberi lebih perlindungan terhadap komponen dalam enjin serta membantu menyejukkan enjin dengan lebih baik. Jangka hayat enjin turut dipertingkatkan melalui perlindungan yang diberikan hasil dari gabungan bahan formula khas.
Untuk pilihan minyak enjin mineral, Idemitsu turut menawarkan 2 pilihan iaitu SM/CF 15W-40 dan SM/CF 10W-30 untuk enjin diesel manakala SN 20W-50 untuk enjin petrol. Yang pastinya, kesemua minyak enjin telah melalui proses pemantauan piawaian yang sangat ketat untuk hasil produk yang sangat berkualiti.
Sebagai tambahan, ILSAC GF-5 merupakan penentu keperluan prestasi untuk minyak enjin yang digunakan untuk kenderaan. Pembangunan ILSAC GF-5 menyasarkan 3 peningkatan prestasi utama iaitu kadar penggunaan bahan bakar yang lebih ekonomi, peningkatan kadar penjagaan komponen enjin khususnya pemeliharaan sistem omboh serta perlindungan keseluruhan enjin.
Secara keseluruhan, minyak enjin dari Idemitsu telah diakui keberkesananya dan pastinya membantu melindungi enjin dengan lebih baik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari;
Instagram: https://www.instagram.com/idemitsumy/
Facebook:IdemitsuLubeMalaysia
Website:https://idemitsu-ilm.com.my/