Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini telah melancarkan dua program untuk pelanggan setia dengan menawarkan diskaun serta hadiah-hadiah eksklusif bersama i-Care Plus dan Loyalty Card (Kad Kesetiaan) yang didatangkan bersama setiap kereta Hyundai.
Program i-Care Plus Hyundai hanya layak untuk kenderaan yang berusia 4 tahun atau lebih dan pelanggan boleh mendaftar untuk program ini di mana-mana pusat servis Hyundai di seluruh Malaysia. Dengan hanya perlu membayar RM20, para pelanggan akan mendapat baucer diskaun yang menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus untuk bahagian-bahagian alat ganti terpilih dan diskaun 5 peratus untuk dan kos upah serta percuma dua minyak enjin dan penapis minyak. Namun, ditawarkan pada tempoh yang terhad bermula dari 1 April, program i-Care Plus pula sah sehingga 35 bulan dari tarikh pembelian.
Manakala Loyalty Card (Kad Kesetiaan) pula adalah hak istimewa eksklusif yang didatangkan secara automatik kepada setiap pembelian model baharu mana-mana kereta Hyundai. Hak istimewa keahlian termasuk promosi bulanan eksklusif seperti diskaun sebanyak 20 peratus untuk produk Klima Fresh dan BlueChem sepanjang bulan April.
Banyak lagi kelebihan yang bakal diberikan di masa hadapan termasuk diskaun bulan kelahiran pada servis selepas jualan, diskaun barang-barang Hyundai dan nilai trade-in sekiranya pelanggan membeli kereta baharu Hyundai. Para pelanggan sedia ada boleh mendaftar untuk hadiah ikhlas Loyalty Card di mana-mana pusat servis Hyundai di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hyundai.com.my.