Jarang jumpa dan itu yang membuatkan Ford Explorer berwarna merah jambu “hot pink” ini tampil lebih unik. Namun, warna hot pink ini bukan satu-satunya sebab yang membuatkan ia unik. Jika diperhatikan, bahagian bar hadapan lebih lebar mirip Explorer kenderaan rasmi polis.
Selain itu, SUV ini turut dipasangkan dengan spotlight di A pillar dan mempunyai lencana Police Interceptor di bahagian belakangnya. Adakah ia pernah dimiliki oleh seorang polis? Cuma tak boleh bayangkan, polis meronda dengan SUV berwarna merah jambu.
Tunggu dulu, bukan setakat bahagian luarnya sahaja diwarnakan dengan hot pink. Bahagian dalam juga tidak ketinggalan. Semuanya dilengkapi dengan warna hot pink pada panel pintu, tempat duduk dan begitu juga pengalas kaki. Mujur bahagian tengah tempat duduk diselitkan kulit berwarna putih.
Sumber : Carscoops