Honda Malaysia mengumumkan bahawa kempen jualan istimewa 12.12 City serba baharu dengan rebat RM2,000 kini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Lanjutan dari 12 Disember itu dibuat bagi memberikan lebih banyak masa kepada pelanggan untuk pergi ke pusat pengedar sah Honda terdekat.
Mereka yang menempah dan mendaftar City dalam tempoh itu layak menerima rebat istimewa selepas mematuhi semua syarat tempahan dan pendaftaran.
“Sejak dilancarkan kami telah menyerahkan hampir 5,800 unit City kepada pelanggan di seluruh negara. Sehingga kini, kami telah menerima lebih 11,000 tempahan. nyata mendapat sambutan hangat.
“Memandangkan rentas negeri dan daerah kini dibernarkan, kebanyakan pelanggan mahu memandu uji City. Jadi, kami mengambil keputusan untuk melanjutkan kempen jualan istimewa 12.12 sehingga 31 Disember 2020.
“Kami juga akan terus berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggan dan menyerahkan kereta kepada mereka dalam tempoh yang sewajarnya,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.
Rebat istimewa tersebut khas untuk varian S dan E. Dengan pengecualian cukai, pelanggan pasti memperoleh lebih banyak penjimatan. Maklumat lanjut atau ingin memandu uji City, anda dijemput untuk mengunjungi mana-mana 102 pengedar sah Honda, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my
Sumber : Mekanika