Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

HONDA JAZZ GE BODYKIT RS

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/02/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Honda Jazz jelas berjaya mengisi segmen yang selama ini kurang disedari oleh pengeluar kereta lain. Dari sebuah kereta yang dikatakan feminin, kini Jazz sudah masuk ke generasi ketiga. Di Jepun, lebih 200,000 unit dijua sejak dilancarkan dua tahun lalu.

Sebenarnya trend pemilikan kereta di Jepun sudah banyak berubah. Orang membeli kereta kerana penggunaan bahan apinya. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, lima tempat teratas dalam penjualan kereta diisi oleh kereta-kereta jimat minyak. Misalnya, Toyota Aqua (Prius C), Prius, Jazz Hybrid dan lain-lain.

Honda Jazz menepati ciri-ciri kereta bandar yang praktikal. Selain jimat minyak, teknologi yang diserapkan pada model kompak segmen B ni menjadikannya sebuah kereta yang berilusi sebesar segmen C.

Tak percaya cuba anda pandu Jazz kemudian Civic. Mesti rasa lapang bila memandu kereta ini. Faktor ini disumbang dek bumbung yang tinggi, lantai rendah, dashboard ke depan dan cermin depan yang luas. Ilusinya, kereta ni lebih besar dalamannya.

Sekarang, apabila Jazz GK diperkenalkan, mulalah orang macam Joshowa sibuk bawa masuk segala bodykit. Katanya, sekarang yang paling cun ialah RS dan Mugen. Kata dia lah.

Tapi bila saya perati balik model GK rasa macam tak boleh blah. Hati gua masih kata GE sebagai Jazz paling cantik. Mungkin sebab kereta tu baru sangat? Tapi saya tak boleh terima lagi konsep kereta bandar lampu sepet. Jazz mesti lampu mata besar!

Selain praktikal sebagai kenderaan harian., kereta ni juga kerap dibawa masuk trek di Thailand dan Jepun. Malangnya di Malaysia, enjinnya paling lemau sebab tak ada versi manual. Trend modifikasi manual mula menjadi-jadi pada model GD. Tpi belum lagi popular untuk model GE.

Orang beli sebab kosmetik. GE ni memang cun dengan sikit sentuhan saja. Pilihan warna putih memang tepat kalau anda nak tambah dengan barang-barang gentian karbon.

Pertama sekali, kit badan kereta ditukarkan kepada model Fit RS yang meliputi bahagian bumper depan, bumper belakang, skirting dan spoiler belakang. Kemudian, barang-barang itu dihantar celup karbon seperti spoiler belakang dan penambahan lips depan.

Bonet depan jenis karbon tu dari Monza Carbon Shop, sama dengan fender tepi. Akhir sekali ialah gril depan RS yang kalau nak convert barang-barang ini harganya masih sangat munasabah daripada main K-Car atau barang Civic EK.

Main Jazz bukanlah seperti pengubahsuaian Kancil. Main Jazz memang simple. Lebih kepada wear and tear. Bahagian enjinnya nak modified apa? Kesimpulannya, kalau nak selamat, jangan usik enjin.

Banyak lagi benda lain yang boleh tukar. Contohnya, dalaman dipasang dengan meter Defi. Bahagian luar kosmetik lebih penting apabila masukkan rim CE28 15 inci dengan spec yang betul. 15 X 7jj, ET35. Kemudian, bubuh tayar Yokohama S-Drive 195/55r15. Memang cun melecun dah.

Baiklah. Apabila sudah diganti dengan model baru, Jazz GE nampak boleh dibeli di pasaran terpakai. Janji mileage bukan 500K atau bekas eksiden dan banjir, Jazz GE memang boleh harap tak banyak kerenah. Gearbox pun konvensional bukan CVT.

Barang-barang JDM dah mula melimpah masuk dan harganya juga munasabah. Sebab di Jepun tengah banyak, manakala kedai potong dan runner semua pakat jual. Tak lama lagi bila dah pupus, tunggu je lah spoiler harga RM2,000 sebijik.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

GARANG SUBARU IMPREZA WRX STi VERSION 2

Next Post

MITSUBISHI TRITON ORANGE X2

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved