Kita dah pernah tengok Honda Civic Type R yang digodek oleh Mugen kan? Lengkap dengan spoiler, diffuser dan sayap belakang yang besar. Itu belum termasuk sport rim dan penggunaan pelbagai material kelas kayangan seperti serat karbon dan Alcantara di bahagian dalam.
Jadi bagaimana untuk Honda Civic standard? Adakah mereka tidak layak menerima sentuhan Mugen? Kenapa Nissan Almera layak terima solekan Nismo padahal ia tidak sebagus Civic abang H? Kenapa?
Mugen sudah mengeluarkan Honda Civic Mugen untuk menghangatkan industri yang agak sendu pasca Covid-19 ni. Cuma sayang sekali ia hanya untuk Civic Hatchback. Ia mungkin tidak menerima sentuhan ekstrim sebagaimana Civic Type-R tapi sekali pandang ia memang berbeza berbanding Civic ketam standard. Dari bahagian depan, skirting, diffuser dan rim sekalipun memang jelas nampak perbezaan.
Pandangan luaran menampakkan gril hadapan berwarna karbon sama seperti bahagian bumper, lip, skirting sisi, diffuser dan spoiler belakang semuanya telah direka semula oleh Mugen. Rim 19 inci menggantikan rim asal selain cakera brek dan rotor baharu.
Civic Mugen ini juga menggunakan ekzos sport dan dilengkapi dengan thermostat low temp. melengkapkan penampilan luaran Civic ini dan sekaligus membezakannya dari Civic standard ialah lampu-lampu LED belakang selain pelindung cermin sisi, pelincung pemegang pintu dan pemegang nambor pendaftaran yang juga dihasilkan dari serat karbon.
Mugen menyatakan yang diffuser belakang itu boleh disesuaikan dengan ekzos sport dan juga ekzos standard. Ekzos sport yang digunakan pada Civic ini kelihatan lebih dinamik kerana berbentuk heksagon ala nozel pesawat pejuang. Lagi satu ekzos ni memang boleh keluar asap bukan macam ekzos dummy Type R wannabe tu.
Bahagian dalam turut ditatarias dengan penggunaan stereng sport, tempat duduk bucket, tombol gear dengan quick shifter selain karpet kaki custom.
Sayangnya Civic Hatchback tidak dipasarkan di negara kita tetapi ada juga unit terhad yang dibawa masuk oleh syarikat-syarikat pengimport kereta. Satu perkara yang pasti kedai aksesori Ah Beng dah ada modal baharu untuk memancing abang-abang H selepas ini.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ