Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

HONDA CITY VS TOYOTA VIOS VS NISSAN ALMERA

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
20/12/2020
in BULETIN, UTAMA

Hari ini memang dinantikan oleh peminat permotoran apabila Toyota Malaysia membuat bayangan akan kemunculan model baru model terlaris mereka iaitu Toyota Vios dan juga Toyota Yaris. Namun dalam diam diam, Toyota Malaysia melancarkan GR Yaris dan juga Vios GR Sport. Ada beza ye huruf GR tue ada di depan atau belakang ya.

Jadi buat pembaca yang sedang tercari-cari sedan dan sedikit keliru dengan tawaran oleh Nissan, Honda dan juga Toyota usah risau kerana kami bawakan kepada anda perbandingan antara Vios, City dan juga Almera. Untuk berlaku adil, semua perbandingan menggunakan varian paling mahal yang ditawarkan oleh setiap pengeluar.

1. Rekaan Luar- berbeza dengan model lama, Almera generasi baru tampil bergaya dengan falsafah rekaan V Motion yang nampak segak baik dari depan, belakang ataupun sisi. Kena pula dengan rim 16 inchi dan lebar 205mm menampil sisi sporti pada Almera serta lampu LED rekaan tajam memang Almera 2018 boleh dinobatkan paling lawa antara ketiga-tiga model ini

Vios pula walaupun baru difaceliftkan pada tahun lepas, mereka cepat menghasilkan rekaan bampar, lampu kabus dan lampu utama LED yang baru. Seperti biasa rekaan Toyota akan menggunakan inspirasi rekaan Lexus dengan bukaan jeriji yang besar. Terlalu ranggi kalau kita nak hadiahkan kereta ini pada ibu bapa kita. Tapi untuk anak muda rekaan sebegini sangat kena

Honda City pula agak tenggelam dari segi rekaan berbanding model lama. Sekejap nampak macam ambil rekaan Accord, tapi nampak dari sisi lain pula ambil rekaan Civic. Hanya varian RS yang nampak menyerlah dengan kemasan hitam pada bahagian luar. Varian lain mungkin lebih sesuai digunakan oleh ibubapa kita. Tapi ini semua subjektif, bergantung pada citarasa masing-masing

2. Spesifikasi- Honda City mengekalkan jarak antara roda pada 2600mm iaitu paling besar dalam kelasnya dan ia boleh diterjemahkan dalam rekaan kabin yang luas. Sebagai pengguna Honda City, penulis rasa ruang dalam kabin City cukup luas. Saiz bonet yang ditawarkan juga paling besar dalam kelasnya iaitu 519 liter. Hanya varian RS sahaja yang ditawarkan dengan brek cakera pada bahagian belakang

Almera pula tampil dengan jarak antara roda 2620mm, sedikit lebih panjang daripada City. Ditambah pula dengan rekaan 2 tona yang berwarna cerah menjadikan Almera nampak sedikit luas. Namun ruang kargo Almera hanyalah 482 liter sahaja. Almera juga memiliki berat keseluruhan yang paling rendah dengan 1114kg sahaja
Vios pula memiliki jarak antara roda 2550mm sahaja. Jika anda memasang kerusi bayi di bahagian belakang, anda susah untuk menyandarkan kerusi disebabkan kekurangan 50mm tadi. Bonet Vios juga menawarkan 506 liter ruang, kurang sedikit berbanding dengan City walaupun memuatkan tayar simpanan bersaiz penuh

3. Prestasi – Almera menawarkan tork setinggi 152Nm pada 2600RPM memudahkannya untuk memecut dengan berat yang paling ringan. Dengan hanya 98 kuasa kuda pada 5000RPM kami tidak pasti berapakah halaju maksima yang boleh dicapai oleh Almera. Purata penggunaan petrol ialah sekitar 18.4km per liter
City menawarkan 119 kuasa kuda dari enjin DOHC i-VTEC dan 145Nm tork. Halaju maksima pula ialah 195km/j (190km/j bagi model lama dan telah diuji) menjadikannya model paling laju dan berkuasa dalam kelas ini. Penggunaan petrol di bandar biasa-biasa sahaja, namun jika memandu jarak jauh dengan berhemah, anda boleh mencapai 20.9km per liter pada halaju 110km/j atau 17km per liter pada halaju 140km/j.

Vios memilih untuk menjadi konservatif dengan hanya menawarkan 105 kuasa kuda sahaja dan 140Nm tork. Namun berdasarkan pengalaman, CVT telah ditala dengan baik bagi menutup kekurangan enjin. Anda masih boleh mencapai halaju 170km/j tapi jika anda memilih untuk berjimat, ia menawarkan penggunaan petrol sekitar 19km/liter pada halaju 110km/j.

4. Aspek Keselamatan- Honda hanya menawarkan teknologi Honda Sensing pada varian RS sahaja. Varian 1.5V hanya menawarkan sistem VSC, Honda Lane Watch, 6 beg udara dan kamera undur sahaja. 2 varian terendah (1.5 E RM RM 81,000 dan 1.5S RM 74,000) hanya menawarkan 4 beg udara sahaja.
Jika Almera lama dikutuk kerana menawarkan hanya 1 beg udara sahaja, model terbaru ditawarkan dengan 6 beg udara, Intelligent Forward Collison Warning and Brake bagi semua varian (wow), Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert dan juga Intelligent Around View Monitor yang boleh mengesan sebarang objek bergerak di sekeliling kereta.

Vios pula tampil dengan lebih banyak ciri keselamatan seperti 7 beg udara untuk semua varian, Pre Collision System (sistem amaran dan brek pra-perlanggaran bagi 2 varian teratas, Lane Departure Alert, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert, panaromic view monitor, dan perakam video digital. Walaupun anda memilih varian termurah pada harga RM 74,000 ia tetap datang dengan 7 beg udara, lampu depan LED dan lampu kabus LED.

5. Ciri Menarik – bagi pengguna yang mahukan prestasi, anda boleh memilih Honda City yang datang dengan enjin paling berkuasa, paling laju dan dilengaki dengan ciri penukar gear serta autocruise pasif. Namun sayang sekali ciri Honda Sensing hanya ditawarkan bagi varian teratas sahaja. Dengan harga RM 86,561 anda mendapat sebuah kereta paling besar dalam kelas ini.

Almera pula tampil lebih bergaya dengan rekaan V-Motion nampak lebih menyerlah dan walaupun anda memilih varian termurah pada harga RM 79,000 ia tetap datang dengan ciri Intelligent Forward Collison Warning and Brake. Namun ia dijual paling mahal dalam kelas ini pada harga RM 91,310.

Pujian perlu diberikan pada Toyota kerana cepat menghasilkan model baru bagi kekal kompetitif dengan lampu LED, lampu kabus LED serta 7 beg udara bagi semua varian. Ia juga model tunggal yang menawarkan ciri Lane Departure Alert bagi segmen B. Cuma dengan jarak anatara roda 2550mm kabin terasa sedikit kecil.

Ini pendapat peribadi penulis, kalau nak model yang luas dan berkuasa boleh pilih City tapi lebih baik pilih varian V untuk aspek keselamatan paling bagus. Almera pula rekaan paling lawa dengan harga yang agak tinggi (RM 79,000 untuk varian termurah). Vios paling bagus dari segi aspek keselamatan tapi rekaan papan pemuka nampak terlalu ringkas. Kalau nak beli Vios, pada hemat penulis varian E dengan harga RM 82,000 pun sudah memadai yang lengkap dengan ciri Toyota Safety Sense.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Real Army

Next Post

Freaky Monster

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved