Bakal diadakan tidak lama lagi, Malaysia Motor Expo (Ekspo Motor Malaysia) dikatakan sebagai pameran kereta terbesar di Malaysia. Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula dari 11 hingga 13 November ini. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun dengan kehadiran pelbagai jenama dan kereta yang diubah suai samada dari dalam dan juga luar negara. Anda suka kereta atau main kereta, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pameran terbesar ini!
Malaysia Motor Expo ini dianjurkan oleh Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) dengan kerjasama Cars Bikes Trucks (CBT) dan juga International AutoModified (IAM). Sejak 10 tahun yang lalu, MARii telah menganjurkan beberapa pameran auto di Malaysia dan kali ini disertai pula oleh CBT serta IAM bagi memeriahkan lagi Karnival 11.11 khusus untuk pameran auto dalam talian dan juga luar talian yang komprehensif.
Para pengguna boleh menikmati pameran ini menerusi atas talian dan sekiranya melihat produk yang digemari terus berhubung dengan peniaga asal. Selain itu, pengeluar kereta dan juga pengeluar produk OEM juga berpeluang mempromosikan produk masing-masing sepanjang pameran berlangsung seperti sebuah pusat servis sehenti khusus untuk pencinta kereta sama yang ingin membeli mahupun sekadar ini menikmati pengalaman baharu berkaitan kereta.
Bukan itu sahaja, MME turut memberi tumpuan terhadap mempromosikan kenderaan tenaga baharu. Menurut pengerusi MARii, salah satu tujuan utama pameran ini diadakan bukan sekadar untuk menjual kereta tetapi juga untuk mempromosikan inisiatif penyahkarbon dari kerajaan. Pada masa sama, kerajaan komited untuk meningkatkan kemampanan, daya tahan dan daya saing pergerakan global seiring dasar auto negara untuk menggalakkan kenderaan yang bertenaga cekap termasuk kenderaan elektrik, bateri dan sel bahan api.
Pameran ini akan bermula pada jam 10 pagi setiap hari sehingga 10 malam dari 11 hingga 13 November. Jangan lupa dan jumpa anda di sana!