Siri Perlumbaan Malaysia Speed Festival 2019 baru sahaja tamat dan Adam Khalid dari pasukan HI-REV SIC Dream Chaser, telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk kategori 1600 Ultimate dengan Proton Satria Neo #905.
Dalam perlumbaan pusingan akhir, jarak perlumbaan telah dipendekkan kepada 8 pusingan memandangkan keadaan trek yang basah dan licin. Menduduki tempat pertama sewaktu ujian saringan, Adam Khalid terus mendahului hingga tamat perlumbaan. Kemenangan tersebut meletakkan beliau di puncak kejuaraan, menyaksikan pasukan HI-REV SIC Dream Chaser memenangi 5 daripada 6 pusingan perlumbaan dalam kalendar MSF 2019. Ini merupakan pencapaian terpenting untuk pasukan!
Selain kejayaan Adam Khalid, pasukan HI-REV SIC Dream Chaser juga merupakan juara kelas S Production 2 dalam Malaysia Championship Series 2019 menerusi kemenangan Ady Rahimy. Sementara gandingan Angeline Lee dan Siti Shahkirah yang memenangi Vios Enduro Cup di perlumbaan Sepang 1000km, melengkapkan kejuaraan hatrik untuk pasukan ini.
Satu lagi kejuaraan hatrik yang dikuasakan oleh HI-REV!