Bagi sesebuah enjin berprestasi tinggi, pemilihan minyak pelincir yang sesuai adalah penting lebih-lebih lagi jika enjin tersebut didatangkan dengan sistem pengecas turbo yang semestinya bakal menjanakan kuasa yang tinggi pada sesebuah kenderaan itu. Dengan kuasa yang yang ditampilkan semestinya enjin tersebut akan menampilkan suhu dan daya kilas yang lebih tinggi serta desakan kea atasnya juga adalah lebih hebat berbanding enjin biasa.
Untuk pengetahuan, minyak pelincir boleh menjangkau suhu sehingga 205 darjah Celsius, iaitu 2 kali ganda tahap kepanasannya berbanding enjin tanpa desakan kuasa turbo. Minyak enjin bukan sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai pelincir kepada bahagian-bahagian penting di dalam enjin malah ianya juga sebagai penyejuk yang akan membantu penjanaan sesebuah enjin itu menjadi lebih baik tanpa menimbulkan masalah ketika beraksi.
Kini, Hi-Rev memperkenalkan produk terbaharu yang dapat menampilkan prestasi lebih baik serta melindungi enjin yang dijana dengan unit desakan turbo. Hi-Rev 8000 mempunyai beberapa ciri yang dapat membantu untk perlindungan enjin lebih berkesan antaranya mengurangkan kadar kehausan terhadap komponen-komponen dalam enjin, kadar rintangan pengoksidaan yang dapat melindungi pada suhu yang tinggi, melancarkan pergerakkan komponen dalam enjin tanpa perlu desakan yang terlalu ekstrem sekaligus enjin dapat menampilkan prestasi yang lebih hebat.
Low Speed Pre-Ignition (LSPI) merupakan satu proses di mana pembakaran di dalam enjin berlaku tidak sempurna dalam sesebuah enjin. ianya berlaku bilamana mesin didesak dengan tahap kuasa yang rendah dengan tampungan beban yang tinggi. Kejadian ini boleh merosakkan keseluruhan sistem enjin turbo anda. Akan tetapi, dengan adanya Hi-Rev 8000, enjin anda bakal dilindungi dengan lebih baik. Jangka hayat komponen enjin juga akan menjadi lebih panjang dengan bahan pelindung yang terbaik dari Hi-Rev.
Hi-Rev 8000 didatangkan dengan standard API SP terbaharu dengan 2 varian sintetik sepenuhnya iaitu SAE 10W-40 dan SAE 5W-40. Semestinya Hi-Rev 8000 akan memastikan kenderaan anda dapat menghasilkan prestasi yang optimum dengan kadar perlindungan enjin yang luar biasa keseluruhannya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi
POSIM Petroleum Marketing Sdn. Bhd.
Wisma POSIM, Lot 72, Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-5102 2999
Emel : marketing@posim.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/hirevjunction/
Web : http://www.hi-rev.com.my