Mercedes-Benz bakal mendedahkan kereta paling efisien keluarannya pada 3 Januari ini. Memandangkan tarikhnya semakin hampir, pengeluar kereta dari Jerman ini telah mengejutkan semua dengan mengelu arkan siri web (web series) di YouTube yang menceritakan tentang proses pembuatan EV ini.
Sebanyak dua episod telah disiarkan di mana episod pertama menerangkan tentang peranan SiL (Software in the Loop). Episod kedua pula, menceritakan penerangan yang lebih lanjut. Selain itu, ia juga berkongsi cerita tentang masalah yang dihadapi oleh setiap pengeluar kereta seperti perbezaan pendapat antara jurutera.
Menerusi video ini juga, penonton boleh melihat kejuruteraan aerodinamik. Vision EQXX perlu bersahabat dengan airflow sebaik mungkin dan hasilnya? Memang menakjubkan. Para penonton juga dapat melihat imek profil kereta ini yang didedahkan oleh perekanya yang berjaya mengekalkan reputasi baik Mercedes-Benz.
Apa yang lebih menarik, idea untuk mendedahkan VISION EQXX menerusi web series mampu membuat ramai penonton tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang satu lagi kereta keluaran Mercedes-Benz.
Sumber : Motor1