Bukan Kumpulan Muzik Tetapi Mampu Menceriakan Hari Anda…
Penggila kereta di Malaysia terdapat dalam pelbagai kategori. Ada yang minat JDM, MDM, Conti, Old skool dan banyak lagi. Dan sedia maklum, mekanik di negara kita ini semuanya kreatif dan rajin untuk melayan setiap kerenah para pelanggan mereka yang pelbagai ragam.
Namun begitu, minat terhadap modifikasi kereta juga dapat diilhamkan pada kenderaan pelanggan disamping ianya dapat menjana pendapatan yang juga boleh dikatakan lumayan. Setiap ubahsuai yang perlu dilakukan pada kenderaan juga perlu diambil tahu dalam seluruh aspek termasuklah bagaimana untuk mendapatkan peralatan dan alat ganti yang diperlukan.
Bagi peminat k-kar, ianya bukan sesuatu yang luar biasa ataupun sukar. Ini kerana, lambakkan kedai-kedai ‘half-cut’ yang membawa masuk apa yang diperlukan oleh peminat dan juga mekanik tersebut amat mudah untuk didapati. Sediakan saja wang hantaran, pasti anda dapat meminangnya.
Tidak dinafikan, untuk menaik taraf atau mengubah suai sesebuah jentera kompak ini memerlukan satu jumlah belanja yang boleh dikatakan besar. Jangan sangka walaupun ianya berbentuk kecil, tetapi kos untuk mendapatkan segala alat ganti yang pelik-pelik juga bukan boleh diambil mudah. Ya, mudah untuk didapati tetapi harus diingatkan, kebanyakkan barangan tersebut harganya…. Nauzubillahh!!!!
Perodua Myvi yang dapat dilihat ini dilahirkan sekitar tahun 2010. Satu abad sudah berlalu dan tiba masanya untuk pemiliknya menukar selera. Dari selera tempatan kepada JDM. Modifikasi pertama semestinya menukar jantung utamanya. Pilihan yang tepat apabila nadi K3VET YRV telah dijadikan pilihan. Sedikit naik taraf telah dilakukan pada enjin baru ini supaya berkeupayaan lebih baik berbanding biasa.
Unit turbo asal telah digantikan dengan turbo milik Subaru RHF4. Beberapa perlatan lain turut dipakaikan antaranya ‘blow-off’ dari jenama HKS, throttle boda 3SZ, fuel rail rekaan CTA Motorsports dan juga muffler ekzos Kakimoto GT Box. Sistem transmisinya pula menggunakan kotak gear automatik YRV Turbo R. Untuk talaan lebih baik, unit ecu E-Manage Ultimate digunakan bagi memastikan kuasa maksimum mampu dihasilkan oleh enjin ini.
Sistem penyerap hentak boleh laras KYB RS Pro diberi kepercayaan untuk memastikan kedudukan jentera ini lebih baik serta dapat membantu dalam pengawalan jentera yang cekap. Sistem breknya pula dinaik taraf dengan penggunaan kaliper brek milik Honda Odyssey. Salinan lengkap dalaman dari model Boon Custom 08 terdiri daripada papan pemuka, door trim dan juga tempat duduk “Red Dot”.
Selain itu, beberapa aksesori tambahan yang lebih melengkapi adalah seperti stereng Momo Euro, pelapik kaki Muzo, ‘side step’ Boon, camera undur Toyota, meter Defi serta sistem multimedia Kenwood berukuran 7 inci beserta sistem pembesar suara Carrozzeria Black Series.
Penampilan luarannya juga semestinya menggunakan kit badan milik Daihatsu Boon Custom yang semestinya mampu membuat sesiapa sahaja terpegun apabila ada di depan mata. Bagi membuatkan jentera ini tampak lebih hebat, beberapa peralatan gentian karbon (CF) telah dipakaikan pada badan jentera ini antaranya hood depan, ‘airvent’, panel depan, spoiler dan juga bar hadapan Cusco. Rim Volk Racing RE30 bersama tayar Toyo T1R memastikan jentera ini lebih menarik keseluruhannya.
Agak-agaknya berapa dah owner kereta ni dah melabur?
SPESIFIKASI
- Pemilik – Jackson
- Pengeluar – Perodua
- Model – Myvi
- Tahun – 2010
- Modifikasi Enjin – Enjin K3VET YRV, turbo Subaru RHF4, intercooler YRV, blow-off HKS, throttle body 3SZ, fuel rail product by CTA MOTORSPORT, Kakimoto GT Box
- Transmisi – Gearbox automatik YRV Turbo R
- Elektronik – GReddy E-Manage Ultimate
- Ekzos –
- Suspensi – KYB RS Pro adjustable
- Brek – Kaliper Honda Odyssey
- Rim & Tayar – 15inch Volk Racing RE30, tayar Toyo T1R
- Dalaman – Dashboard & door trim Boon Custom 08,keyless,seat red dot 08,stereng Momo Euro, carpet Muzo,side step Boon,Kenwood player 7‘’,Carrozzeria Black Series,Toyota reverse camera,Defi Advance BF
- Luaran – Hood cf,airvent cf,panel depan cf,frame plate Daihatsu,spoiler cf,front bar Cusco, CF corner sensor Toyota
- Bengkel – CTA MOTORSPORT