Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Good day SiR!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
20/12/2012
in MODIFIKASI, UTAMA

Petang tadi gua singgah minum dengan budak-budak K-Car. Lama betul tak jumpa diorang ni semenjak kitorang berpecah dengan haluan masing-masing. Ada yang dah pakai Vellfire pun tapi masih setia dengan K-Car. Banyak juga yang gua tak tau sejak akhir-akhir ni, peminat tegar sanggup bayar harga merepek untuk barang-barang rare. Paling gua tak sangka, body Daihatsu L200 2 pintu ada yang sanggup bayar RM50K bila dah siap sepenuhnya. Pok Li pun baru cerita ada orang offer Mira 2 pintunya tukar dengan EK 2 pintu B18CR fully loaded!

Gua ingat benda-benda ni tahyul saja. Tapi bila dengar cerita diorang ni melopong jugak lah. Bila gua pandang kereta Accord ni dan perasan ia adalah 2 pintu, barulah gua ternganga sekali lagi. Orang sanggup bayar kereta begini pada harga yang louar biasa, sama kesnya dengan model-model rare macam Starlet EP82/EP92, YRV, Del Sol, EG Coupe dan sewaktu dengannya.

Apa istimewanya kereta-kereta macam ni? Pertama, ia tak boleh didapati dengan senang, ada duit belum tentu boleh beli. Kedua, modifiednya senang, ketiga, dah tentulah ia tak sama dengan SV4 saloon.

Jadi macamana kereta boleh ujud? Kalau lu orang nak tahu, di Jepun, kita hampir boleh membeli apa sahaja jenis kereta, biarpun ia khusus untuk spesifikasi negara lain. Contohnya model Civic Type R FD2 yang memang pasaran Jepunnya ialah 4 pintu sedan. Pasaran Eropah pulak model RN2 yang hatchback 3 segi tu dan walaupun ia dipasang di Eropah, ia tetap dibawa balik dan dijual di Jepun.

Tak kira samaada pemanduan sebelah kiri sekalipun, kereta ni tetap boleh dibeli dan pelik juga walaupun marketnya niche, pengedar kereta ni tetap jual. Gua tak paham sungguh teori perniagaan diorang macamana. Nak kata banyak untung memang jauh sekali lah. Mungkin semangat nasionalisme?

SV4 coupe ni kalau masuk Malaysia kebarangkaliannya ada 2. Samada dibeli oleh student kat belah Amerika bawak balik, ataupun diimport dari Jepun oleh student atau boleh jadi pengimport re-con untuk pakai sendiri. Dari kilang, kereta ni memang pemanduannya sebelah kiri, model sebelah kanan sangatlah rare.

Kereta ini adalah versi recon Jepun tahun 1994 dan masuk Malaysia tahun 2001. Entah macamana gua lupa nak tanya owner brader Mie macamana kereta ni dibeli. Tapi yang pasti, beliau tidak dapatlah senang-senang dengan enjin H22A, semuanya modifikasi kereta ni dibuat sendiri dari awal.

Enjin kereta ni tersangatlah pekaknya bila tiba ke tangan beliau. Tanpa membuang masa lagi, Mie berlari-lari ke kedai potong mencari half-cut H22A. Cari punya cari punya cari, akhirnya jumpa juga, half-cut CD6 yang agak rare kalau dibandingkan dengan half-cut Prelude BB4. Tanpa buang masa, semuanya dipasang semula kat Accord ni. Sekarang kan magik, jadi stereng belah kanan. Enjin ni pun tak diusik, semuanya dibiarkan dalam keadaan standard, gearbox pun auto. Apadahal.

Untuk meloweredkan sebuah kereta Jepun memang kacang tanah. Bersepah barangnya di kedai potong. Semasa mencari suspensi gantiannya, Mie berjumpa dengan adsjutable Zeal yang masih elok sangat kondisinya. Tanpa berfikir panjang, beliaupun merembat suspensi itu. Maksud gua beli lah, bukan curik. Ni ada jenis sakai, pergi kedai potong tangan panjang cilok barang. Apa punya tak ada tamadun laa..

Bila sudah rendah, Mie pun menukar rim besi yang tak boleh blah itu kepada rim yang boleh blah. Rays 18 inci 2 pieces ni gua tak ingat model dia tapi amatlah bersesuaianya sekali dengan jantina laki pompuan depan belakangnya. Maksud gua, rim belakang lagi lebar dari depan. Tayar yang digunakan ialah Thunderer Mach II bersaiz 225/40/18, mak ai, brand negara mana ni? Rim ni juga ‘masuk’ ke dalam rekabentuk kereta sebab kereta ni warna putih. Kalau kereta besar ni kaler pink, mungkin nampak tolol.

Bahagian luar kereta ni dipasangkan dengan spoiler JDM, lips CD6 dan emblem gold Honda Accord coupe. Mana dapat entah. Bila tengok ke dalam, kereta ni memang sempoi tak nampak sukan langsung. Lebih sukan lagi Kancil Encik Baharuddin Blekberi bateri kembung. OK lah dah habis gua cerita perihal kereta ni.

SPESIFIKASI

      • Model: Honda Accord Coupe 1994/2001
      • Enjin: H22A DOHC VTEC CD6,
      • Transmisi: Automatik 4 kelajuan
      • Suspensi: Adjustable Zeal
      • Brek: Standard CD6
      • Rim: Rays 18 inci 2 pieces
      • Tayar: Thunderer Mach II 225/40/18
      • Dalaman: Audio Pioneer, lain-lain standard
      • Luaran: Lips CD6, spoiler JDM, side marker Euro, Pearl white

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Next Post

Rex Lapan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved