Baru-baru ni Proton ada keluarkan edisi khas Saga Anniversary yang dihasilkan 1100 unit sahaja. Harga dia pun lebih kurang RM 41,355.00 sahaja untuk pakej lengkap. Di Malaysia ni, benda-benda yang limited edition kalau simpan pastinya ada kolektor. Lepas tu korang tunggu ajela harga dia jual balik lepas 10-20 tahun. Silap-silap boleh jadi triple. Betul tak? Itu pun kalau meter mileage dia 0000 lagi lah. Hahaha…
Kita lupakan sebentar tentang Saga tadi. Sekarang kita nak cerita tentang Proton Satria GTi R3 si Suhail ni. 2/3 bulan yang lepas ada berita tentang dia nak jual kereta R3 original ni. Sejarah pemilik asal kereta ni kalau semua nak tahu, jentera ni dulu pernah digunakan oleh Kazar Memburu Impian. Alaaa, lagu Gila-Gila Remaja tu. Bukan biasa-biasa ye pemilik asal jentera ni. Dan akhirnya, Suhail yang paling bangsawan ni beli dan dibuat balik semuanya. Lepas tak jadi jual aritu, dia terus tukar warna baru yang agak merecikkkk…
Nadi 4G93 twin cam jentera ini telah dibina semula oleh pihak Fastwork Garage JB. Piston baru berukuran 82mm menggantikan yang lama untuk prestasi yang lebih baik. Bahagian enjin yang lain masih lagi dalam spesifikasi yang asal. Kepala silinderya telah dilakukan proses ‘port & polish’ dan dipadankan dengan aci sesondol Duratech 288 degree. Aci sesondol tu cam shaft laaaaaa. Kena bagitau sebab ada lagi yang tak tahu.
Untuk pencapaian kuasa lebih baik, enjin ini dipakaikan dengan unit ‘throttle body’ S90 berukuran 70mm yang diikat pada ‘intake manifold’ Skunk2. Pam bahan api Walbro berkuasa 255lph memastikan petrol yang dihantar ke injector 390cc GSR CK lebih lancar dengan bantuan rel dan pelaras bahan api dari AEM. Enjin ini turut menggunakan ‘coil on plug’ milik K20 dan dibantu Maxxecu Mini untuk penampilan kuasa lebih terurus dan bertenaga. Gas karbon dari enjin ditolak keluar melalui sistem ekzos KTuned gred AA berukuran 2.5 inci.
Kuasa dari enjin kemudian dihantar ke bahagian kotak gear Mivec 4.6 final drive yang dilengkapi klac Triniti 6 puck bersama pelindung klac dari Exedy. Untuk kuasa pemberhentian, jentera ini masih lagi memberi kepercayaan kepada sistem brek yang asal yang mampu lagi berkhidmat dengan cemerlang diperkasakan dengan pelapik dari jenama Bendix.
Untuk kawalan yang lebih baik, jentera ini menggunakan sistem penyerap hentak dari Fawster Ultra S yang mendapat penalaan dari pihak Speeddemon Motorville JB. Bahagian dalaman jentera ini masih lagi dikekalkan dengan yang asal, cuma dipasangkan dengan meter Defi BF di bahagian papan pemuka untuk pemantauan bahagian enjin. Luarannya juga masih lagi asli bagi menjaga nilai yang ada pada jentera ini.
Akhir sekali, rim Volk racing TE37 dipasangkan dan dibaluti tayar Hankook RS4 berukuran 15 inci. Istimewanya jentera ini adalah keluarannya juga adalah edisi khas/terhad yang dihasilkan oleh pihak R3 yang terkenal sebagai penala jentera Proton. Suhail tetap berhasrat untuk melepaskan jentera ini kepada pemilik baru. Namun, jika masih tiada yang berminat, ia akan kekal sebagai koleksi beliau sehingga ke hari tua.
Spesifikasi :
Model Kereta : Satria GTi R3 2004
Enjin : 4G93 Twin Cam, Special Order Gti piston 82mm, stock conrod, stock bearing, port & polished head by Tok Wan Fastwork Garage, Duratech Camshaft 288 degree, stock valve, Skunk2 intake manifold with S90 70mm throttle body, Warlbro 255lph fuel pump, injector 390cc Gsr Ck, Aem Fuel rail, Aem fuel regulator, K20 coil on plug, Maxxecu Mini, Ktuned copy 2.5inch
Transmisi : Mivec gearbox 4.6final drive, Triniti 6 puck clutch plate with exedy clutch cover
Suspensi : Fawster Ultra S
Brek : Stok, Bendix brake pad
Rim & Tayar : TE37 Concave Auto Option & Hankook RS4 195/50/15
Luaran : R3 lips, spoiler CF, frame plate CF, fuel cover CF
Dalaman : Stok GTi R3& Defi Advance BF(putih)
Bengkel : Fastwork Garage JB
Penala : Speeddemon Motorville
Warna : Maxwork
Bengkel : Engine build by Enjin Auto