Berita tentang Mazda2 2024 bukan sesuatu yang baharu, malah pasti ramai yang tidak sabar menantikan kehadirannya. Namun, ia bukan model generasi terbaharu sebaliknya hanya model facelift yang dikemaskini. Perubahan ini dilakukan kepada kereta bandar kecil dengan bilangan terhad. Ia dapat dilihat bermula di bahagian hadapan dengan fascia baharu mengelilingi grille yang turut dikemaskini yang didatangkan dalam dua warna pilihan samada hitam atau sama dengan warna exterior.
Pereka Mazda telah memasukkan sedikit aksen berwarna di atas grille dengan kemasan kuning atau merah bergantung kepada model. Semua model hatchback, begitu juga Mazda2 GT Sedan yang turut dikemaskini dengan bampar belakang direka semula. Mungkin, anda perlu menggunakan mikroskop untuk melihat perubahan yang kecil ini. Bampar baharu ini juga terdapat aksen berwarna yang kecil.
Selain itu, Mazda turut memperkenalkan dua skema warna baharu untuk model tahun 2024, di mana yang pertama diwarnakan dengan Aero Grey Metallic dan kedua pula Airstream Blue Metallic. Secara keseluruhannya, pembeli mempunyai sembilan kemasan eksterior yang boleh dipilih. Manakala model Pure SP didatangkan standard dengan gloss black roof. Menarik?
Bahagian interior menerima perubahan yang lebih berbanding perubahan eksterior termasuk trim yang ditawarkan dalam tiga warn Pure White, Mirror Black, atau Mint untuk model Pure dan Pure SP. Sementara itu, varian Evolve dan GT dipakaikan dengan interior berwarna hitam bersama merah untuk jahitan pada tempat duduk serta dan sekeliling saluran udara.
Mazda2 GT juga menampilkan tempat duduk kulit, dash berwarna merah dan hitam, dwi-ekzos yang dikilatkan serta rekaan rim multi-spoke aero. Mazda juga turut mencantikkan lagi rekaan untuk semua model termasuk Pure dengan antena shark fin. Namun begitu, harga dan perincian lain tentang Mazda2 ini masih belum didedahkan. Mungkin perlu nantikan sehingga pelancarannya tidak lama lagi.
Sumber : carscoops