Asyik Honda, Honda, Honda. Jenama dan nama pembuat kenderaan terkenal pastinya akan sentiasa menjadi sebutan di mana-mana sahaja jika mereka mampu menghasilkan sesebuah jentera yang terbaik dalam dunia. Dengan harga yang mampu dimiliki oleh para penggunanya, pasti akan menjadi pilihan bagi setiap peringkat umur.
Sekarang ni, jenama Honda EX5 dah mula menunjukkan taringnya apabila terlalu ramai pemainnya di luar sana sudah mula mengejar pelbagai aksesori dan peralatan asal asli yang semakin sukar untuk didapati. Bagi seller-seller pula, inilah masanya untuk bermain sedikit dengan para pengguna yang terlalu taksub untuk mendapatkan alat ganti yang original.
Maka, harganya tak perlu diberitahu lagi. Lebih-lebih lagi pengeluaran terakhirnya telah ditamatkan sekitar tahun 2013 dan digantikan dengan model yang lebih baharu. Bagi pemain yang tegar, model baharu tidak cukup untuk memuaskan nafsu mereka. Model yang lama tetap menjadi pujaan dan perlu diperbaharui jika sudah tidak memuaskan hati.
Sebenarnya, kita bukan hendak bercakap tentang Honda EX5, tetapi mengenai Honda Stream yang telah dinaik taraf dengan nadi lebih berkuasa oleh si pemiliknya ini. Honda Stream RN3 berspesifikasi dari negara United Kingdom ini dihasilkan pada tahun 2003. Seperti yang sedia maklum, model ini merupakan sebuah jentera yang terkenal digunakan bagi mereka yang sudah berkeluarga. Namun, siapa kata ia tidak boleh diubah suai? Kalau dah menjadi minat, apa sahaja kereta yang dipakai mesti si pemiliknya akan mengubah apa yang mampu dan boleh untuk dijayakannya.
Nadi asal K20A Type S mungkin tidak cukup berkuasa. Oleh itu, pemiliknya telah mendapat idea untuk menggantikannya dengan enjin K24 Type R yang lebih bertenaga. Sedikit sentuhan telah diberikan pada nadi baru ini untuk memberikan lebih kepuasan dalam sesi pemanduan antaranya aci sesondol milik DC5 Type R, intake, injector dan cam pulley dari model FD2 Type R, throttle body dari S90 serta keseluruhan sistem pendawaian digunakan milik DC5 Type R. Unit ekstraktor PLM disambungkan dengan sistem ekzos lengkap jenama FGK bagi menghantar keluar gas hasil pembakaran dari ruangan enjin.
Untuk keselesaan, keseluruhan penjuru jentera ini dipakaikan dengan sistem penyerap hentak Showa Mugen. Sistem breknya pula dinaik taraf dengan penggunaan kaliper depan dari Spoon. Rotor depannya pula menggunakan Mugen 300mm manakala rotor belakang juga dari Mugen untuk model RN3. Bahagian dalamannya pula dihiasi dengan pelbagai aksesori dari Mugen antaranya stereng Race 3, bosskit, meter Defi, tombol gear dan juga pedal. Tempat duduknya pula dari model RN5. Luarannya pula menggunakan kit badan lengkap Mugen RN3.
Hood depannya serta ‘rooftop’ juga dari Mugen. Untuk menambah keseriannya, jentera ini turut dipakaikan dengan beberapa aksesori dari Doov antaranya cermin sisi, ‘eye lips’, pelindung lampu belakang serta ‘tailgate’. Akhir sekali, rim Mugen MF10 memantapkan lagi penampilan jentera ini! Korang rasa berapa punya risau si pemilik ni kalau parking bila masuk mall?
Spesifikasi
Kereta : Honda Stream RN3 UK Spec 2003 (M)
Enjin : K24 Type R, blok CL9, hi-cam DC5 Type R, intake FD2 Type R, throttle body S90 70mm, injector FD2 Type R, campulley FD2 Type R, wiring DC5 Type R, Mugen plug cover, Mugen oil cal 1.5 gen, exhaust extractor PLM, piping FGK, muffler DC5
Transmisi : Gearbox DC5 Type R 6 speed, Ogura clutch
Brek : Spoon Monoblok, rotor Mugen 300mm (depan) RN3 (belakang), Mugen Type S brake pad
Cesi & Suspensi : Mugen Showa
Rim & Tayar : Mugen MF10 17X7.5 et52, tayar Good Year Japan 215/45R17
Dalaman : Stereng Mugen Race 3, Mugen bosskit, Mugen Defi Assist, Mugen knob gear CF, Mugen pedal, tempat duduk RN5
Luaran : Full bodykit Mugen RN3, Mugen hood, Mugen rooftop, Doov eyelips, Doov side mirror, Doov cover tail lamp, Doov tailgate
Bengkel : Mrwork, Angah Palan, cat-Cuam P.Simis