Kecewa dengan sistem audio yang didatangkan pada kereta anda yang tidak setanding dengan mutu diharapkan? Bukan anda seorang sahaja yang menghadapi masalah ini. Ramai lagi pencinta audio di luar sana yang mencari jalan untuk mendapatkan sistem audio yang diidamkan. Jangan bimbang, Epsilon ada penyelesaiannya dengan pelbagai barisan produk keluarannya seperti pemproses isyarat digital amplifier (digital signal processor) Epsilon DSP 6.4.
Dibina bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan amplifier, speaker dan juga subwoofer. Ia mengawal data bunyi sebelum ianya dihantar ke barisan speaker seterusnya keseluruhan sistem audio dalam kereta. Bagi sesetengah kereta baharu, mungkin ada yang bermasalah untuk menukar pemain utama. Kalau berhadapan dengan dilema ini, anda hanya perlukan Epsilon DSP 6.4 untuk mengawal proses penghasilan bunyi yang cemerlang.
Kebanyakan kereta mempunyai sistem audio dengan kedudukan (positioning) kurang tepat. Lazimnya, bunyi lebih ditumpukan di bawah paras telinga. Dengan pemasangan Epsilon DSP 6.4 ini, frekuensi boleh diselaraskan sehingga ke paras cermin depan kereta (atas dashboard) seterusnya menghasilkan staging yang tepat. Tidak seperti sistem audio stok kilang yang didatangkan tanpa staging.
Bukan itu sahaja, bunyi yang dihasilkan pula diadunkan dengan frekuensi yang tepat sebelum dialunkan terus ke deria telinga. Audio yang dihasilkan kedengaran cukup mesra. Merdu dengan semua alatan muzik kedengaran jelas. Lebih istimewa lagi, Epsilon DSP 6.4 ini didatangkan pada saiz yang kompak. Sesuai dipasangkan di mana-mana sahaja dan tidak memakan ruang yang banyak. Kalau anda tidak mahu memasang kotak subwoofer yang besar dan mementingkan ruang, Epsilon DSP 6.4 ini pilihan yang sesuai. Ia juga mudah dipasangkan, hanya perlu plug & play dan boleh ditala menerusi telefon pintar atau pun komputer.
Sesiapa juga boleh memasangkan Epsilob DSO 6.4 ini, namun untuk pemasangan yang lebih berkualiti anda dinasihatkan merujuk pemasang (installer) yang berkemahiran tinggi.
Spesifikasi
Saiz : 5.7” x 5.12” x 1.8”
Respons frekuensi : 20Hz ~ 20kHz
Kuasa output : RMS 25w x 4
Kuasa Maksima : 60w x 4
USB Interface
Slot USB
Muat-turun aplikasi menerusi Google Play dan App Store
6 band equalizer
Perisian komputer
Sesuai untuk Honda, Toyota, Nissan, Mazda, Infiniti, Subaru, Hyundai dan Kia
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Tong Lin Trading Sdn Bhd
No.69, Jalan 10/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 – 9285 6605 / 1371
Emel : tonglintrading@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/tonglintradingsdnbhd/