Setelah sekian lama menanti, akhirnya Acura Integra Type S 2024 bakal didedahkan buat pertama kalinya tidak lama lagi. Namun begitu, masih tiada harga rasmi yang dikongsikan oleh Acura ketika ini. Dilengkapi dengan enjin 4-silinder 2.0liter turbocharged yang menghasilkan 320hp pada 6,500 rpm dan tork 310 lb-ft. Jika dilihat kepada data, secara tidak langsung menjadikan model terbaharu ini sebagai Integra paling berkuasa pernah dihasilkan Acura.
Namun begitu, pilihan transmisi atau gearbox yang melengkapi model ini hanya sebuah transmisi manual 6-kelajuan. Acura tidak menawarkan sebarang anggaran untuk masa 0-60mph atau kelajuan tertinggi model ini. Selain itu, ia didatangkan dengan suspensi adaptif dengan mode pemanduan Comfort, Sport dan juga Sport+. Bar penstabil hadapan (front stabilizer bar) ialah 1.14 inci (29mm), lebih tebal 0.08 inci berbanding Integra biasa.
Brek hadapan termasuk kaliper monoblock 4-piston Brembo. Saluran di bahagian fascia hadapan memberikan laluan kepada udara untuk tujuan penyejukan. Dilengkapi rim 19-inci dengan kemasan Shark Gray dan rekaan 10-jejari. Kemudian, rim ini disaluti pula Michelin Pilot Sport 4S dalam saiz 265/30.
Jika dilihat pada sudut eksterior, model ini ditawarkan dalam warna eksklusif iaitu Tiger Eye Pearl. Type S ini memakai body panel di A-pillar termasuk fascia hadapan dan juga hood aluminium. Bukan itu sahaja, fender juga tampil lebih lebar. Di bahagian belakang, sedan ini dilengkapi dengan diffuser dan tiga ekzos di bahagian tengah.
Di bahagian dalam, model ini didatangkan dengan tempat duduk hadapan bersama pemanas yang dibalut kemas. Manakala untuk infotainment, Integra Type S ini dilengkapi dengan kluster instrument digital 10.2 inici dan sistem infotainment skrin sesentuh 9.0 inci yang ditempatkan di bahagian tengah. Ia menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Terdapat juga ‘head-up display’, 16 unit speaker ELS Studio 3D Stereo juga pengecas telefon pintar tanpa wayar.
Bagi makluman, Acura akan menawarkan Integra Type S ini dengan beberapa aksesori sporty termasuk kelengkapan gentian karbon (carbon fiber) untuk rear lip spoiler dan mirror cap. Selain itu, rim 19-inci didatangkan dengan warna tembaga dan lencana iluminasi Acura. Bahagian dalam pula, kepala gear boleh didapati dalam titanium.
Sumber : Motor1 / Acura