Baru-baru ini, Toyota telah memperkenalkan Aygo X baharu yang merupakan model terbaharu mereka dari segmen A yang ditanamkan dengan elemen-elemen crossover. Versi produksi Aygo X Prologue ini mengekalkan kebanyakan gaya kereta konsep dan ia dijangka berada di pasaran Eropah pada tahun 2022 ini bersama pilihan enjin non-hybrid tunggal.
Aygo diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2005 sebagai sebahagian kolaborasi bersama PSA Group, di samping Citroen C1 dan Peugeot 107. Ketiga-tiga model ini muncul dengan generasi kedua pada tahun 2014 dengan versi asal yang telah direka semula tetapi Peugeot dan Citroen memilih untuk tidak melancarkan gantinya. Toyota pula mahukan sesuatu yang lebih radikal untuk Aygo generasi seterusnya.
Sebagaimana yang diketahui, Toyota antara beberapa pengeluar kereta yang masih mengeluarkan model segmen A menganggap para pembeli di Eropah mahukan sebuah crossover urban yang kompak. Konsep ini telah direka di Perancis dengan versi produksi telah dibangunkan di Belgium. Para pereka Toyota telah melakukan kerja yang cukup baik dengan ‘mengalihkan’ rekaan konsep ke atas model produksi di mana beberapa perincian telah dikurangkan dan membuatkan Aygo X ini muncul bersama penampilan yang lebih segar.
Rim tayar yang besar berukuran 17 atau 18 inci ini mempunyai impak positif ke atas kereta dengan meningkatkan ruang yang lebar di permukaan jalan sebanyak 0.4inci. Penampilan crossover ini juga dipertingkatkan dengan salutan plastik di seluruh wheelarche. Lampu utama dan taillight LED penuh dengan grafik moden sementara bentuk cermin sisi menambahkan lagi ciri-ciri lebih sporty.
Aygo X didatangkan dengan pilihan warna seperti Cardamon, Chilli, Ginger, dan Juniper. Kesemuanya dikombinasikan dengan hitam di bahagian pillar b, atap dan bahagian belakang. Atap kanvas juga disediakan untuk memberikan suasana udara yang terbuka.
Berbancing model terdahulu, Aygo X baharu ini berdasarkan platform GA-B dari Toyota seperti Yaris dan Yaris Cross dengan pengurangan overhangs dan juga bahagian casis belakang di mana saiznya telah dikecilkan. Ia merupakan model paling kompak dari Toyota, berukuran 3,700 mm (145.7 inci) panjang, 1,740 mm (68.5 inci) lebar dan 1,525 mm (60 inci) tinggi dengan wheelbase 2,430 mm (95.7 inci). Beratnya sekitar 940 kg (2,072 paun).
Platform baharu memberikan footprint lebih luas berbanding 3,455 mm (136.0 inci) panjang pada model yang terdahulu dengan lebih 235 mm (9.3 inci) panjang sekaligus memberikan lebih ruang untuk para penumpang belakang dan but kereta yang jauh lebih luas. Ruang kargo pula 231 lt (8.2 kaki kubik) sehingga penutup tonneau yang boleh dianggap cukup luas dari 168 lt (5.9 kaki kubik) generasi sebelum ini. Ia boleh menjadi 829 lt (29.3 kaki kubik dengan tempat duduk yang dilipatkan.
Beralih ke bahagian dalam, gayanya lebih memberikan fokus kepada demografik muda dengan jalur-jalur berlekuk dan warna sepadan dengan eksterior. Kemudian, bahagian infotainment ditumpukan kepada skrin sesentuh 9-inci yang disambungkan bersama Toyota Smart Connect juga ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay connectivity. Ciri-ciri lain termasuk stereng tiga jejari dengan bebutang, kluster instrumen pemapar kecil, cahaya sekitar, pengecasan tanpa wayar dan sistem audio 4 speaker JBL dengan amplifier 300watt serta sebuah subwoofer 200mm yang dipasang dalam trunk.
Tempat duduk pemandu lebih tinggi 55mm (2.2 inci) berbanding model sebelum ini dengan darjah penglihatan dipertingkatkan. Pasukan jurutera Toyota telah mempertingkatkan penebat bunyi bising menjadikan ia sebagai kereta terbaik dalam segmen A. Dari segi keselamatan pula, kesemua varian Aygo X didatangkan dengan Toyota Safety Sense sebagai standard dengan kombinasi kamera pengesan monokular dan radar millimeter-wave.
ADAS pula dilengkapi dengan Pre-Collision System (PCS) dengan pengesan kenderaan, pengesan pejalan kaki di waktu siang dan malam, pengesan penunggang basikal pada waktu siang, Collision Mitigation Support, Intelligent Adaptive Cruise Control, Lane Trace Assist dan Emergency Steering Assist.
Toyota Aygo X akan berada di pasaran Eropah bermula dari 2022. Harganya pula akan diumumkan apabila menghampiri tarikh pelancarannya.
Sumber : Carscoops











































