Pelbagai perkara menarik yang berlaku tahun ini untuk Mercedes-AMG termasuk ulang tahunnya yang ke-55 dan juga barisan modelnya “Edition 55” yang semakin berkembang saban hari. Baru-baru ini, pengeluar automotif dari Jerman itu telah mendedahkan kereta lumba eksklusif keluarannya iaitu Mercedes-AMG EDITION 55 yang hanya akan dibangunkan sebanyak 5 unit sahaja di kilang mereka di Affalterbach.
Model edisi ulang tahun baharu ini didatangkan dengan beberapa kemaskini berbanding kereta lumba standard dan bukannya dihomogolasi FIA, yang bermaksud pemilik tidak boleh menyertai mana-mana acara FIA. Dari sudut lain, Mercedes-AMG mempunyai lebih kebebasan untuk mereka model ini kerana tidak perlu akur mana-mana peraturan khususnya melibatkan berat, enjin, aerodinamik dan juga ekzos.
Disebabkan itu juga, pengeluar automotif Jeman ini benar-benar bebas dengan menambahkan ekstra 100hp (101.3 ps/73 kW) untuk kemampuan motor kereta ini berbanding versi dihomogolasikan FIA. Enjin V8 6.3-liter telah dikemaskini untuk menghasilkan 650hp (659 ps/ 685 kW). Manakala prestasi sistem ekzos pula kekurangan penyengap mandatori, menjadikan ia sebuah kereta yang agak bising.
Terdapat banyak elemen aerodinamik pada kereta ulang tahun ini termasuk diffuser belakang dan depan, skirt sisi dan juga sayap belakang yang besar. Kemasan eksterior ini pula dilayangkan dengan warna Alpine Grey Uni dengan aksen merah seperti logo ulang tahun 55-tahun di sayap belakang dan kemasan matte carbon-fiber.
Bahagian interior menampilkan cat Anthracite metalik dengan elemen carbon fiber di bahagian konsol tengah, tempat duduk, pintu dan juga dashboard. Tali pinggang keledar dengan aksen silver dan juga tempat duduk bersama sulaman “Edition 55 – 1 of 5”.
Kesimpulannya, ia menjadi sebagai sebuah kereta lumba ekstrem yang menampilkan lencana bintang 3 bucu. Selain itu, model Mercedes-AMG GT3 EDITION 55 ini didatangkan bersama koronografi IWC Schaffhausen dengan nombor casis kereta lumba yang diukirkan di bahagian belakang. Ia ditawarkan pada harga bermula dari $624,000 (RM1,548,002.70).
Sumber : Autoevolution