Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Dilengkapi Teknologi Toyota Safety Sense Terkini Dengan Fungsi Yang Diperkemaskan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/11/2020
in BULETIN, UTAMA

Toyota Crown bukan sesuatu yang asing di negara kita. Model ini digunakan sebagai teksi dan sejarah Crown bermula pada tahun 1955 sebagai Toyopet Crown. Selain teksi, Crown juga popular digunakan sebagai kenderaan kerajaan dan polis di Jepun. Satu perkara tentang Crown ialah ruang dalaman yang luas dan selesa dinaiki.

Evolusi Crown menunjukkan model itu semakin sporti selain mengekalkan ciri kemewahannya. Hari ini Crown berada di dalam generasi ke-15 dan dikeluarkan pada tahun 2018. Terbaru Toyota memperkenalkan Crown 2020 dengan beberapa perubahan luar dan dalam. Pada bahagian luar, Crown kelihatan sama dengan bampar depan yang unik dan menonjol.

Walaupun komponen depan direka agresif, bahagian sisi pula tampil bersahaja tanpa drama garisan keras dan lekukan beralun. Bahagian belakang pula ringkas kecuali empat muncing ekzos dan lampu dengan rekaan unik.
Apa yang Toyota tawarkan ialah tambahan roda aluminium 18 inci eksklusif untuk dua varian Crown iaitu RS Advance dan RS Advance Four. Turut ditawarkan ialah warna Precious White Pearl, Precious Metal dan Emotional Red II.

Pada bahagian dalam, Toyota menggunakan kerusi balutan kulit untuk varian RS Advance, RS Advance Four, G dan G Four. Turut dilengkapi ialah sistem navigasi T-Connect SD dengan paparan TFT sentuh saiz 12.3. Satu perkara utama untuk model 2020 apabila Crown dilengkapi teknologi Toyota Safety Sense terkini dengan fungsi yang diperkemaskan.

Satu dari ciri canggih ialah keupayaan untuk kereta diperlahankan secara automatik apabila pemandu tidak mempunyai sebarang pergerakan disebabkan keadaan fizikal.

Selepas diperlahan kereta akan dihentikan secara beransur seterusnya mengelak dari keadaan yang tidak diiringi.
Selain itu untuk kali pertama bagi kenderaan Toyota ialah Radar Cruise Control dengan fungi penurunan kelajuan semasa di selekoh. Sistem akan menggangarkan ukuran sudut selekoh di hadapan menggunakan teknologi AI dan mula memperlahankan kenderaan.

Sistem Keselamatan Pra Pelanggaran kini mempunyai fungsi untuk mengesan pejalan kaki pada waktu siang dan malam dan penunggang basikal pada waktu siang. Ciri lain ialah keupayaan untuk mengesan kenderaan dihadapan apabila membelok ke kanan di persimpangan dan lintasan pejalan kaki dari arah bertentangan apabila kereta membelok kanan dan kiri.

Fungsi acceleration suppression kelajuan rendah pula mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan dengan pantas dan mengurangkan kelajuan. Di Jepun, Crown yang dipertingkat mula diedar pada 2 November 2020 dan ditawarkan dari harga 4,899,000 yen (RM195,836) hingga 7,393,000 yen (RM295,534).

Previous Post

Pelengkap Sistem Audio Dalam Kereta

Next Post

Nissan Memperkenalkan Pikap Trak Terbaharu Navara

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved