Nissan tidak mahu ketinggalan dan giat mengemaskini Sentra generasi terbaharu untuk tahun 2021 dengan ciri-ciri terkini. Sebelum ini hanya gred lebih tinggi dilengkapi integrasi telefon pintar Apple Carplay dan Android, kini ianya standard serta didapati pada model entry-level.
Bago NissanConnect Services dan NissanConnect dengan hotspot wifi boleh ditempah untuk SR yang boleh didapati dalam dua ton warna, Electric Blue Metallic dan atap berwarna hitam. Selain itu, Nissan Sentra 2021 ini turut dilengkapi dengan sistem bantu pemanduan Nissan Safety Shield 360 tanpa kos tambahan serta beberapa ciri lain.
Antara ciri-ciri lain yang telah dikemaskini termasuk pemberhentian kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki, pemberhentian automatik bahagian belakang, amaran lintasan trafik bahagian belakang, amaran titik buta, amaran pemandu bijak dan banyak lagi. Barisan terbaharu ini juga didatangkan dalam 3 varian. – Carscoops