Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Dilancarkan Pada Harga Bermula RM172,990

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
01/08/2022
in BULETIN, UTAMA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk memperkenalkan Tiguan Allspace Life baharu, SUV terkini yang menyertai barisan model tawarannya. Ditawarkan pada harga RM172,990, ia melengkapkan pengenalan tiga model Tiguan Allspace di Malaysia.

Sebagai sebuah model asas dalam siri SUV berkenaan, Life padat dengan ciri yang menjadikannya sebuah SUV moden. Kelebihannya sebagai jentera dengan ruang dalaman luas tidak berubah. Ia tetap hadir bersama konfigurasi tujuh tempat duduk dan mampu menawarkan ruang but sehingga 1,775 liter yang mendahului kelasnya.

Secara visualnya, Life berkongsi rekaan yang tajam dan dinamik seperti varian lain. Ini termasuklah gril hadapan dengan jalur lampu di antara lampu utama LED yang menjadi rekaan signatur Volkswagen. Elemen-elemen lain termasuklah kemasan ‘Allspace’, perumah cermin sisi berwarna perak, perkataan ‘Tiguan’ di bahagian belakang dan rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci.

Pelanggan boleh mengharapkan ruang dalaman Life yang mewah dan penuh fungsi, sama seperti model Volkswagen lain. Antara ciri standard ialah sistem infohibur Discover Pro bersaiz 9.2” dengan ketersambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, pendingin hawa Climatronic 3 zon dan stereng sport multi-fungsi dibalut kulit.

Life dikuasakan oleh enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan kotak gear DSG 6-kelajuan. Gabungan itu menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan serta penjimatan bahan api sekitar 7.7l/100km.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berbangga untuk memperkenalkan satu lagi model pemasangan tempatan di Pekan, Pahang. “Tiguan Allspace memainkan peranan penting dalam portfolio kami. Jadi, kami berbesar hati untuk menawarkan rangkaian penuhnya ke Malaysia. Dengan Life, kami menawarkan sebuah SUV berprestasi tinggi yang akan memberikan nilai terbaik kepada pelanggan. Ia juga boleh menjadi pilihan ideal untuk keluarga muda yang ingin membeli kenderaan mereka.”

Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layarihttps://www.volkswagen.com.my/

Keselamatan
Aspek keselamatan diutamakan menerusi enam beg udara, Kawalan Kestabilan elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), brek Multi-Pelanggaran, Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Brek Parkir Elektronik (EPB). Sistem Lane Assist dan Driver Alert turut disediakan.

Lampu LED
Lampu utama dan belakang menggunakan lampu LED sepenuhnya. Bagi memberi lebih keselamatan dalam apa jua keadaan cuaca, lampu utama dilengkapi sistem lampu semua cuaca dan lampu membelok dinamik untuk menambah baik aspek pandangan. Kluster lampu belakang dengan rekaan tersendiri memberikan kesan Click-clack apabila brek ditekan.

Warna
Didatangkan dalam lima warna dan dua kemasan. Warna metalik terdiri daripada warna biru (Atlantic Blue), kelabu (Platinum Grey) dan perak (Pyrite Silver). Manakala warna dengan efek mutiara ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White). Warna dengan efek mutiara ditawarkan tanpa caj tambahan.

Harga
Tiguan Allspace Life baharu ditawarkan pada harga RM172,990 (RRP). Ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Previous Post

Ditampilkan Buat Pertama Kali Di Jepun Dengan Warna Oren

Next Post

Kini Ditawarkan Pada Harga Bermula RM169,990

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved