Baru-baru ini, Diesel Terengganu Truck telah mengadakan satu program yang dinamakan sebagai “TT Santai Kukuhan Ukhwah DTT” yang diadakan di By Pass Highway LPT2, Exit Telemong-Bukit Payung. Sebanyak 20 buah jentera telah bersama-sama menjayakan program pada kali ini.
Acara ini diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberitahu kepada umum tentang kewujudan kelab ini kepada para pengguna jentera 4X4 yang ada di sekitar negeri Terengganu khususnya dan juga Malaysia. Selain itu, program ini juga adalah untuk merapatkan hubungan sesama ahli lain yang sedia ada dan juga baru.
Disamping itu juga, kelab ini turut bersama-sama menjalinkan hubungan dengan pengguna jentera 4X4 dari kelab lain dalam mengukuhkan lagi hubungan sesama pengguna jentera yang sama disamping menambah lagi kenalan yang ada. Sikap seperti ini harus dipupuk kepada semua kelab yang ada di Malaysia supaya dapat memeriahkan lagi komuniti permotoran.
Bagi yang ingin menyertai kelab ini, anda boleh layari page Facebook Diesel Terengganu Truck.