Toyota telah mendedahkan generasi kedua Aqua terbaharu atau juga dikenali sebagai Prius C untuk pasaran Jepun. Berbanding model terdahulu yang diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2012, Aqua terbaharu ini dimuatkan dengan sistem hybrid yang telah dikemaskini dan 20% lebih cekap bersama platform baru berserta rekaan lebih moden.
Berasaskan platform TNGA GA-B yang diperkenalkan tahun lepas dalam Toyota Yaris dengan spesifikasi Eropah. Ia juga didatangkan dengan enjin gasolin aspirasi semulajadi 1.5 liter yang berfungsi bersama motor elektrik. Selain itu, bateri baharu output bipolar nickel-hydrogen telah digunakan bagi menggantikan bateri terdahulu. Boleh dihidupkan untuk masa yang lebih lama dalam EV Mode.
Menurut Toyota, penggunaan bahan bakarnya adalah 84.2 mpg (2.79 lt/100 km). Sebagaimana yang diketahui, Jepun sering mengalami bencana alam seperti gempa bumi dan juga Tsunami. Justeru, Toyota telah melengkapi Aqua ini dengan sumber kuasa kecemasan standard yang membenarkan diambil dari kenderaan untuk kegunaan luar semasa ‘blackout’ menerusi saluran kuasa AC 100-volt / 1,500-watt.
Manakala dari sudut reka bentuknya pula, Aqua ini seakan evolusi dari model terdahulu dengan bentuk yang lebih maskular dengan fender belakang yang lebih baik, tampil lebih sporty dan juga lampu LED yang lebih cantik. Ia merupakan elemen dari Yaris spesifikasi Euro. Namun, Aqua tampil lebih kompak Aqua terbaharu ini telah pun berada di pasaran Jepun.
Sumber : Carscoops