Baru-baru ini, Sime Darby Motors telah mengumukan pembukaan kedai Pop-Up pertama seumpamanya, menampilkan jenama-jenama terkenal dunia automotif di bawah satu portfolio seperti BMW, MINI, BMW Motorrad, BYD, Hyundai dan Ford. Kerjasama yang menarik ini telah menandakan satu aras baharu yang signifikan untuk Sime Darby Motors dalam membawakan pengalaman unik kepada sebuah destinasi pusat beli belah terkenal di negara ini.
Kedai ‘Pop-Up’ ini dibuka kepada umum selama tiga bulan bermula dari Januari 2024 sehingga bulan Mac 2024 dan berlokasi di G102A, Ground Floor 1 Utama Shopping Centre (old wing). Para pengunjung berpeluang melihat model-model EV terbaharu dari BMW, MINI, Motorrad, BYD dan Hyundai dengan lebih dekat. Bagi menambahkan keseronokan, model terbaharu dari Ford juga akan dipamerkan di sini.
BMW, simbol kecemerlangan automotif mempersembahkan beberapa kereta keluarannya iaitu BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive50 Sport, BMW iX1, dan kereta mewah terbaharu iaitu BMW i7. Model-model ini mewakili kereta elektrik, kemewahan yang menggabungkan prestasi, ketahanan dan juga kegemilangan. Selain itu, BMW Motorrad turut mempamerkan tiga model yang pastinya mengujakan para pengunjung yang hadir iaitu BMW CE04, BMW C400 GT dan BMW R9T.
Manakala untuk MINI yang dikenali dengan rekaan ikonik yang kompak tetapi tetap berkuasa, akan mempamerkan MINI elektrik untuk pemanduan yang menyeronokkan. BYD pula, jenama perintis kenderaan elektrik akan mempamerkan BYD ATTO 3, BYD DOLPHIN, dan BYD ATTO 3 Edisi Ulang Tahun istimewa. Setiap model BYD memperlihatkan dedikasi jenama ini dalam inovasi dan evolusi mobiliti elektrik.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menyaji mata mereka dengan barisan terbaharu dari Ford termasuk barisan yang sangat dinanti-nantikan iaitu Next-Gen Ford Ranger Raptor, New Ford Ranger Platinum, dan Next-Gen Ford Everest. Ketiga-tiga model ini bukan sekadar pameran, para penujung berpeluang menikmati pemanduan penuh cabaran.
Hyundai pula akan mempamerkan IONIQ 5 dan IONIQ 6, yang menampilkan IONIQ 6 varian Max RWD dan Max AWD. Model-model elektrik ini mentakrifkan semula pengalaman pemanduan anda dengan ciri-ciri futuristik dan prestasi yang mesra ekonomi.
Sime Darby Motors menjemput dan mengalu-alukan kehadiran para peminat automotif, pembeli prospektif dan oranfg ramai untuk datang ke kedai Pop-Up pertama ini. Program ini juga dalam masa yang sama menguji komitmen Sime Darby Motors untuk memberikan pengalaman automotif yang setara dan membawa jenama-jenama bertaraf dunia dekat dengan para pelanggannya.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati promosi dan diskaun yang disediakan di kedai Pop-Up ini, sama ada untuk kenderaan sedan mewah, kompak yang sporty atau kenderaan elektrik, ada sesuatu untuk semua orang di sini!