Bo Zolland, sebuah syarikat dari Poland telah melakukan restorasi dan modifikasi ke atas rekaan ikonik Porsche 356 yang dilengkapi dengan beberapa ciri moden untuk kembali menyerlah di zaman ini. Gaya yang signifikan dengan perubahan yang cukup bijak telah dilakukan di bahagian hadapannya.
Sebagai permulaan, bentuk fender telah diubah dan ianya nampak lebih luar biasa dari asalnya. Lampu hadapan juga telah mengalami sedikit perubahan dan digantikan dengan unit lebih moden. Bukan itu sahaja, bahagian bampar juga digantikan dengan lebih rendah dari biasa.
Selain itu, Porsche 356 ini menampilkan rim krom yang gaya Fuchs yang telah dikilatkan dengan pemanduan lebih rendah. Di bahagian belakang, penutup enjin menggunakan dua gril berbanding satu pada yang asal dengan lampu belakang baru. Sebagai penambahan, kustom bamper turut dipasangkan.
Walaupun kereta ini kelihatan seperti sebuah kereta Porsche 356 dengan beberapa panel kustom pada badannya, sebenarnya ia menggunakan casis Prosche 911 SC tahun 1985 dan dilengkapi dengan enjin 3.2 liter. Manakala bahagian kustom pula dibuat dari kombinasi aluminium dan carbon fiber.
Sumber : Carscoops