Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Dibangunkan Pasukan Tempatan, Menawarkan Pengalaman Pintar Yang Lengkap Dan Menghubungkan Pemandu Dan Kereta

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
30/09/2021
in BULETIN, UTAMA

ACO Tech, sebuah syarikat peneraju dalam menawarkan mobiliti pintar di Asia Tenggara hari ini memperkenalkan teknologi generasi seterusnya ATLAS (ACO Tech Local Automotive Services). Ia merupakan satu sistem infohibur kenderaan yang bakal mengukuhkan lagi kedudukan ACO Tech dalam menyepadukan gaya hidup yang sentiasa terhubung ke dalam pengalaman automotif rakyat Malaysia.

Dibangunkan dan diketuai sepenuhnya oleh pasukan dari Malaysia, ATLAS disokong oleh aplikasi mudah alih percuma ATLAS Auto dengan ciri yang mengutamakan aspek mobiliti, kemudahan serta kawalan. Direka khas dengan mementingkan pengalaman tersendiri, ATLAS membawa hubungan di antara pemandu dengan kenderaan ke arah masa depan yang intuitif. Kuasa sistem berkenaan direka untuk memenuhi keperluan dan kecenderungan gaya hidup rakyat Malaysia yang berbeza-beza. Ciri- ciri ATLAS termasuklah:

Berhibur Dengan Pelbagai Pilihan Kandungan
Sebagai komitmen berterusan untuk menawarkan pengalaman setempat kepada rakyat Malaysia, ATLAS disepadukan dengan JOOX – platform muzik dan hiburan popular di Asia yang mempunyai pelbagai jenis kandungan muzik. Didorong oleh permintaan yang tinggi, sistem infohibur juga dilengkapi dengan aplikasi hiburan dan gaya hidup SYOK untuk memperkayakan lagi pengalaman audio pemandu dengan koleksi muzik daripada pelbagai jenama Astro Radio, juga audio siar yang merangkumi pelbagai topik dalam berapa Bahasa.

Arahan Suara Terbaik Dengan Kecerdasan Buatan
Dibina dengan pembantu suara yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan untuk meningkatkan keupayaan mengenal pasti sebutan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia dalam nada dan kelajuan berbeza, ATLAS mampu menyempurnakan pelbagai arahan suara dengan efektif. Ini membolehkan pemandu kekal fokus, pada masa sama dapat mengawal navigasi, hiburan, komunikasi dan fungsi-fungsi dalam kenderaan.

Notifikasi pintarnya akan memberi amaran kepada pemandu jika berlaku cuaca yang melampau atau ia mengesan tayar kenderaan pancit*. Pembantu suara ATLAS boleh diubah suai mengikut kehendak pemilik.

Penunjuk Jalan Yang Boleh Dipercayai, ATLAS Map
ACO Tech telah meningkatkan usahanya untuk membangunkan ATLAS Map – satu sistem navigasi yang menyokong maklumat trafik pada masa sebenar dan ciri-ciri berkaitan keselamatan. Ini termasuklah:
 Sistem canggih ini tidak hanya dapat menentukan corak trafik yang berpotensi untuk membantu pemandu merancang perjalanan mereka, tetapi juga dapat menunjukkan ramalan dan keadaan cuaca di setiap titik perjalanan dan destinasi.
 Pemandu masih boleh menerima navigasi di kawasan yang kekurangan sambungan internet dan GPS kerana ia disokong oleh data peta secara luar talian.
 Menghantar lokasi terkini atau Points of Interest (POI) yang dipilih secara langsung dari telefon pintar ke kenderaan anda.
 Sistem ini secara pintar akan mengingatkan anda untuk mengisi minyak apabila bahan api kenderaan semakin sedikit. Selepas bersetuju, ia akan menunjukkan arah ke stesen petrol terdekat*.

Bayar Dengan Kereta Anda
ATLAS akan menampilkan ciri ATLAS Pay – satu sistem pembayaran automotif bersepadu yang dikuasakan oleh rakan fintech, Fass Payment Solutions (Fasspay). ATLAS Pay merupakan pembayaran dalan talian di dalam kenderaan pertama di Malaysia. Ia menyepadukan teknologi di dalam kenderaan dengan ATLAS sekali gus membolehkan pemandu membuat pembayaran untuk urus niaga tanpa perlu keluar dari kenderaan. Dalam waktu terdekat, ATLAS Pay akan menjadi teras pembayaran yang memperkenalkan ekosistem aplikasi kenderaan “mobiliti-sebagai-satu-perkhidmatan’. ATLAS Pay boleh didapati di dalam aplikasi mudah alih ATLAS Auto dan akan disepadukan dengan sistem infohibur kenderaan pada separuh pertama 2022.

Kawalan Dari Hujung Jari Anda
Direka sebagai satu sistem yang lengkap, ATLAS didatangkan bersama satu aplikasi mudah alih–ATLAS Auto yang menghubungkan pemandu dengan kenderaan. Selain bertindak sebagai antara muka universal kepada kenderaan, ATLAS Auto menawarkan beberapa ciri nilai tambah seperti ATLAS Mall, ATLAS Discover dan ATLAS Vehicle. Ciri-ciri tersebut turut menawarkan kerjasama dengan rakan-rakan jenama dan komuniti:
 ATLAS Mall: Satu ruang jual beli yang membolehkan pengguna untuk membuat pembelian dan tempahan dengan mudah ketika berada di dalam kenderaan.
 ATLAS Discover: Memanfaatkan kelebihan kandungan yang dijana oleh komuniti, ATLAS Discover ialah ruang untuk komuniti pemandu berhubung dengan berita dan maklumat berkaitan automotif.
 ATLAS Vehicle: Kawal fungsi kenderaan anda dari jauh dan dapatkan status kenderaan secara langsung Aplikasi ATLAS Auto boleh dimuat turun secara percuma daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery pada Q4 2021.

“ATLAS adalah pintar, proaktif dan bersifat kemanusiaan. Ekosistem ini bukan sahaja penting dalam mengubah hubungan manusia dengan kenderaan mereka, sama ada dari dalam kereta atau dari jauh, malah kami percaya ia akan menjadi asas kepada pengalaman pengguna automotif pada masa depan selain merintis kepada kenderaan swapandu di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu yang telah melabur sebanyak RM30 juta bagi tujuan penyelidikan, pembangunan dan pengenalan ATLAS.

Untuk maklumat lanjut mengenai ATLAS dan ACO Tech, sila layari laman web: https://acotech.my/

Previous Post

Acura Mendedahkan Imej Dan Informasi Terbaharu, Bakal Muncul Pada Tahun 2022!

Next Post

Tayar Berkualiti Dengan Harga Berpatutan

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved