Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Dianjurkan Buat Kali Pertama Di Malaysia, Dijangka Menarik Lebih 150,000 Pengunjung

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
22/03/2023
in BULETIN, UTAMA

Kereta-kereta khas yang diimpot terus dari Jepun dan penala-penala (tuner) terunggul seperti Top Secret, Spoon, HKS dan Greddy antara lain akan menyerikan penganjuran sulung Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur dari 9 hingga 11 Jun 2023 di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pameran ini yang juga merupakan pertunjukan satelit bersandarkan pameran kereta terkemuka di Jepun, akan meliputi ruang pameran berjumlah 130,000 kaki persegi dan dijangka menarik lebih 150,000 pengunjung dari dalam Malaysia dan rantau ASEAN. Pameran ini dianjurkan bersama oleh MUSE Group Asia dan Element X Strategies, dengan gandingan San Ei Corporation sebagai pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon.

“Sejak MUSE Group Asia menganjurkan pameran Tokyo Auto Salon yang pertama di luar Jepun iaitu di Singapura pada 2013, hasrat kami ialah untuk membawa pameran berprestij ini ke Malaysia. Selepas perancangan selama 3 tahun, akhirnya kami dengan sukacitanya mengumumkan Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur akan menjadi realiti hanya beberapa bulan sahaja lagi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia Riduwan Matni yang melancarkan pameran tersebut hari ini. Turut hadir ialah Encik Junichi Fukui selaku Ketua Pengarah Persekutuan Tokyo Auto Salon.

Dalam 40 tahun penganjuran Tokyo Auto Salon, ianya telah berkembang menjadi salah satu pertunjukan antarabangsa terulung bagi peminat-peminat dan para peserta pameran. Pada asalnya, pameran ini bermula untuk meraikan paparan inovatif dan kreatif bagi kereta-kereta keluaran Jepun namun ia telah berkembang untuk merangkumi semua jenama dan jenis kenderaan.

Pertunjukan ini juga diiktiraf sebagai platform berprestij oleh pengeluar-pengeluar kenderaan serta syarikat-syarikat aksesori dan alat-alat ganti berprestasi tinggi yang menganggapnya sebagai landasan terbaik untuk mempamerkan tawaran-tawaran terkini dan hasil mereka yang paling inovatif. Secara purata 1,000 kenderaan, lebih daripada 500 peserta pameran, 4,000 gerai-gerai dan lebih dari 300,000 pelawat Jepun dan antabangsa mengunjungi pameran ini setiap tahun.

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur menawarkan peluang menarik bagi pemain-pemain automotif besar dan kecil di Malaysia dan rantau ASEAN untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaharu mereka dengan saiz gerai yang berbeza untuk disewa. Lebih dari 50% ruang pameran telah pun diisi dan antara peserta pameran yang telah disahkan hadir termasuk Red Springs Sdn Bhd yang akan mengendalikan pameran 4X4, Hot Wheels, EMMA Malaysia dan Soon Soon Garage. Pemain-pemain automotif serantau yang turut menyertai pameran tersebut termasuk Option 4 Wheel dari Thailand dan Adtory-Minshing Brakes Automotives dari China.

Segmen pasaran barangan dan peralatan automotif di Malaysia bernilai lebih AS$6 billion setahun dan ini merupakan satu sumbangan yang amat besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Menurut Tinjauan Sedunia Nielsen berkaitan Permintaan Automotif, Malaysia turut mencatatkan tahap ke-3 tertinggi dari segi pemilikan kereta secara global iaitu pada tahap 93% isi rumah. Bersandarkan latar belakang ini, kami yakin peminat-peminat permotoran dan jenama-jenama automotif akan mengalu-alukan kehadiran Tokyo Auto Salon di Malaysia,” kata Riduwan.

“Dengan sokongan kesemua rakan-rakan kongsi dan orang ramai, dan tidak lupa juga dari rakan-rakan media, pameran ini berpotensi menjadi pencetus dalam merancakkan semula industri barangan dan peralatan automotif yang telah menempuh pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19 dan kini sedang menuju ke arah pemulihan. Kami tidak sabar mengacarakan pameran yang bersesuaian dengan prestij Tokyo Auto Salon.”

Sementara itu, Ketua Pengarah Persekutuan Tokyo Auto Salon Encik Junichi Fukui berkata keputusan untuk membawa Tokyo Auto Salon ke luar Jepun adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan yang lebih meluas untuk ahli-ahlinya dan bagi meneroka pasaran-pasaran baharu.

“Pameran di Kuala Lumpur juga akan mengetengahkan satu persembahan yang lebih bertaraf antarabangsa dengan paparan kenderaan-kenderaan tempatan yang telah diubah suai serta pameran-pameran yang menampilkan aksesori, barangan automotif berprestasi tinggi dan pelbagai perkhidmatan dari Malaysia dan rantau ASEAN. Objektif kami yang lebih besar adalah untuk mewujudkan platform yang berdaya maju untuk ahli-ahli kami serta bakal-bakal pengeluar serantau untuk terlibat dan berkerjasama dalam perniagaan,” kata Fukui.

“Cinta terhadap kereta JDM telah berkembang pesat di seluruh dunia dan Tokyo Auto Salon telah berada di pusat fenomena ini. Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur dijangka dapat menjadi hab strategik untuk peminat-peminat dan ahli-ahli kami di rantau ASEAN.”

Selain peserta pameran tempatan dan antarabangsa, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur juga akan menampilkan kehadiran ratu-ratu perlumbaan dari Jepun. Beberapa persembahan dan bengkel juga telah diatur sempena pameran tersebut manakala pembeli-pembeli tiket terawal layak untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berbentuk perjalan dan perbelanjaan berbayar ke Tokyo Auto Salon 2024 untuk 2 pasangan bertuah.

Tiket berharga RM60 dan RM28 sehari bagi dewasa dan kanak-kanak dan mereka yang mengambil kesempatan untuk membeli awal (18-30 Mac) akan menikmati diskaun atau potongan sebanyak 30% iaitu RM40 dan RM18 sehari bagi dewasa dan kanak-kanak. Tiket boleh dibeli dalam talian sehingga bermulanya pameran di laman web www.tokyoautosalonkl.com.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Riduwan Matni di talian +6017 867 6373 atau emel kepada [email protected], atau Azman Fahmi Osman di +6019 383 8183 atau [email protected] .

Previous Post

Sasar Jualan Sebanyak 80,000 Unit Sepanjang Tahun 2023

Next Post

Raikan Wira Tidak Didendang

CAPAIAN

  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved