Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

CIVIC K20 GOLD 300HP – APA LAGI ANDA MAHU?

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/10/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Pengalaman yang bermakna ini selalunya buat orang matang bila modified kereta. Berapa serius tahap brader Kokiang R ini mengubahsuai kereta memang susah nak digambarkan, apabila kereta ni adalah unit kedua EK 4 pintu yang dibina sebab minat. Ya. Minat, kereta sebelum ni ialah EK 4 pintu yang sudah siap dan akhirnya hilang begitu saja walaupun segala jenis alarm dah pasang.

Berbeza dengan pasca millenium yang paling maju pun orang akan modified B20. Teknologi dah berubah dan itu membawa model EK ke satu tahap lagi. K20A barulah Amerika. Berbanding Jepun, barang-barang K20 banyak yang dibuat oleh tuner Amerika. Kalau dulu, VTEC menjadi kegilaan budak-budak Asia-Amerika, sekarang ia dah jadi kereta ‘Nasional’ Amerika wacakapsamalu.

Kereta pada awalnya dihantar ke sebuah bengkel VTEC yang sangat terkenal. Bagi duit dan tunggu dengan sabar. Kira-kira setahun kemudian, baru siap masuk K20. Pastu duit yang dibayar pun terlebih. Dia punya putar belit jangan cerita lah. Sembang bikin gajah pun boleh terbang. Disebabkan kecewa, kereta ni ditarik keluar dan dibawa ke bengkel lain.

Pada asasnya, kereta ni dah cukup laju. 200hp senang-senang dalam tangan tapi disebabkan brader Kodiang ni memang jenis tamak, dia cuba explore enjin setakat mana yang boleh. Benda pertama yang dibuat ialah leraikan semula enjin dengan pilihan blok K24 sebagai ganti. Blok ini daripada Odyssey RB.

Itu menaikkan sesaran kepada 2,400cc dan memerlukan piston yang lebih besar. Kodiang Boy memadankan piston Wiseco 88mm yang diikat dengan conrod Skunk2. Crankshaft asal K24 masih digunakan dan disambung dengan pulley utama ATI. Bahagian head pula dipasang dengan sepasang cam Skunk2 stage 3 dengan pulley boleh laras. Head diport dan polish, lubang-lubang ekzos dan intake tu kasi besar.

Bahagian penghantar bahan api pula terdiri daripada S90 throttle body 76mm, Skunk2 intake, Skunk2 injector, Aeromotif Fuel Regulator dan fuel rail Karcept. Nama pun pelik-pelik. Tapi semua yang kita jarang dengar ini datang daripada tuner AS. Orang Jepun tak peduli dah K20, K24, K45 atau K98, dia orang sibuk main GT-R.

Kuasa enjin disalurkan ke kotak gear 6 kelajuan DC5. Klac asal digantikan dengan klac OSGiken dan final drive 4.3. Walaupun dah siap pada tahap ni, saya rasa enjin ini terlalu high revving. Bawak pendek memang tak sedap langsung, ada yang tak kena dengan final drive atau tukar terus pergi gearbox Dogbox barulah rock.

Memisahkan enjin dengan jalan ialah tayar yang bagus. Sebelum TE37, dia dah beli Mugen MF10L Bronze 16 inci 5 lobang yang rare boleh tahan. Lepas tu bila pasang, tayar duk putar tang tu je tak bergerak sebab enjin ini tak cukup traksi dengan rim 16. Maka ganti lah pulak dengan TE37 17 inci. Tayar depan ialah Yokohama Advan A050 dan belakang Toyo T1R.

Bahagian suspensi dikemaskan dengan arm Hardrace dan suspensi TEIN Flex depan belakang. Brek depan ditingkatkan dengan brek Spoon 4 pot yang champion. Jangan tak tau sekarang bapak nenek segala jenis brek pun dah ada jual China made. AP Racing Wilwood yang dulu belas-belas ribu, sekarang boleh beli belas-belas ratus je. Berenti ke tidak tu je yang tak kompom lagi.

Kereta ni memang champion bila dibuat mengikut buku. Malas nak cerita kalau dah Civic, memang akan dibuat macam Civic. R sana, EK 1999 spec, warna lebih kurang dan barang JDM.

EK sekarang dah murah dibandingkan dengan zaman mula popular dulu. Nak main pun tak payah berebut. Enjin boleh pilih. K20 memang saya akui, sedap nak mampos untuk kategori enjin NA. Tak ada dah enjin moden 2.0 liter yang berpotensi ke depan macam K series ni. Cuma yang tak tahan, barangnya banyak sangat dan tak murah mana.

“Target tak tinggi pun. Dapat 300hp pun jadi lah. Kereta pun buat antar anak pergi sekolah je pun, paling-paling jauh pun buat pergi kedai beli kicap,” kata brader ni mengakhiri bicara sebelum perutnya ditikam oleh seorang wartawan misteri.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

TOYOTA COROLLA 4 THROTTLE SLEEPER

Next Post

PERODUA KENARI YRV – MUJUR PARTS MOVE DAH MAKIN MURAH

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved