Sebelum ini, MC20 tidak pernah mendedahkan kecemerlangan dan kehebatannya di atas permukaan jalan yang kurang cengkaman. Terkini, MC20 super sport menjalani beberapa siri ujian ketahanan yang diadakan dalam pelbagai keadaan jalan termasuk atas jalan dan trak termasuklah percubaan intensive cuaca sejuk di atas jalan yang diselaputi salji. Ujian ini diadakan di Valtellina dan Ghiacciodromo Livigno (Sondrio).
Misi ketika cuaca musim sejuk ini bertujuan menguji kereta super sport ini dan menilai permulaan enjin, prestasi komponen elastik pada suhu rendah dan pengendalian kereta pada permukaan aspal yang sejuk serta rendah cengkaman. Ujian ini juga dilakukan untuk mengesahkan fungsi Climate Control System (Sistem Kawalan Iklim) dalam keadaan sejuk; ia juga diadakan ke atas bateri, suspensi dan juga brek.
Jelas sekali dan terbukti, keadaan yang ekstrem tidak mampu menghalang MC20 baharu. Bukan itu sahaja, mereka juga menambahbaik personaliti yang bercanggah iaitu dibina dari DNA jenama perlumbaan tetapi direka untuk siri pengeluaran!