Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

CEDIA EVO

Saiful by Saiful
15/02/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Kita mungkin selalu tengok bagaimana sebuah Lancer yang biasa-biasa, berjaya ditukar menjadi Evo yang sebenar. Lancer CB jadi Evo I-III, Lancer CK jadi Evo IV-VI, Lancer GT jadi Evo X. Tapi macamana pulak dengan Evo VII-IX? Takde ke model Lancer yang setara dengannya?

Tentu sekali ada. Namun atas faktor tentu, model Lancer Cedia CS yang boleh dipilih tidak dianggap sebagai platform modifikasi yang berbaloi lagi bijak. Pertama sebab perbezaan bentuk luaran, khususnya ruang belakang yang agak ketara. Bukan takat tak cukup kembang, tapak lampu, bonet dan bumper belakang juga menuntut perubahan yang agak besar. Kedua sebab siri Evo VII-IX merupakan model produksi massa, yang dikeluarkan dalam jumlah yang banyak berbanding generasi sebelumnya. Jadi buat apa nak bikin bagai kalau casis CT9A sebenar boleh beli pada rega RM70K.

Hakikatnya, tak semua berkemampuan mencapai impian tersebut dalam sekelip mata. Bukan sikit duit. Kalau jenis kaya totok takpe jugak. Bagi Edi, memilih model setara seperti Cedia CS mungkin langkah terbaik untuk ke arah itu. Biar tak laju mana pun, janji nampak sama.

Nak nampak sama itulah cabaran paling besar yang perlu Edi hadap. Seperti diberitahu, susuk tubuh belakang merupakan bahagian yang paling rumit untuk ditiru. Mujur ada kedai ketuk yang terer. Buat permulaan, komponen seperti pintu, boot, spoiler dan bumper belakang perlu disalin menggunakan perkakasan milik Evo VIII. Bila dah boleh agak berapa tebal nak kena kembang, barulah tapak lampu dan sisi belakangnya dibentuk menggunakan lapisan fiber.

Perubahan bahagian depan tentunya lebih mudah. Bumper, fender, hood dan skirt sisi dari Evo VIII boleh dipadan terus tanpa perlu bersusah payah. Bila siap, ingatkan boleh terus anto cat. Tapi mari pulak perasaan tak puas hati dengan tampalan fiber yang dibuat. Sudahnya, ia telah dikopek semula untuk memasukkan potongan panel sisi belakang yang sebenar. Kenalah main potong-potong sket. Sebagai tambahan, beberapa komponen telah digantikan dengan aksesori yang lebih sesuai seperti fender, hood, lip depan RalliArt, serta bonet Varis jenis gentian karbon.

Kemantopan sistem suspensi dibantu set boleh laras dari D2. Untuk mengisi ruang rodanya, rim Volk Racing CE28 berukuran 18-inci telah dipilih dan dipadankan bersama tayar Yokohama S-drive bersaiz 245/40R-18. Paling syahdu penggunaan kaliper brek 4-pot Project U dengan rotor SCR Pro sebesar 355mm, yang digabungkan bersama brek Brembo Evo VIII di bahagian belakang. Kena bunga tak elok, boleh terkunci tayar dibuatnya.

Untuk menjamu pandangan mata, ruang dalaman kini menerima komponen milik Evo yang lebih gelap. Bahagian penting seperti dashboard, stereng, tempat duduk, panel pintu dan lain-lain, kesemuanya disalin dari model Evo VII. Selain itu, disertakan juga beberapa gajet tambahan seperti meter boost Apexi, pemasa enjin Apexi dan speed meter Pivot untuk tujuan pemantauan.

Ketika dibeli kereta ini dibekalkan dengan enjin siri 4G18, sama macam model Waja tempatan. Dulu ingatkan nak main mekap-mekap jer. Tapi bila dah jauh sangat terlajak, tak pasal-pasal bahagian enjin pun terlibat sama. Kebetulan jumpa pulak enjin 4G63T Evo VII rega jekpot. Memang rugilah kalau terus menunggu.

Perubahan terbaru ini bagaimanapun belum menerima peningkatan yang setara. Tengoklah sikit hari lagi. Buat masa ini, kesemua komponen OEM masih diguna pakai kecuali penggunaan penapis udara K&N, cam pulley Works Engineering dan injap pelepas GReddy Type S.

Satu perkara yang mungkin kureng pada kereta ini ialah, ketiadaan sistem pacuan AWD seperti Evo sebenar. Banyak nak kena bikin sebenarnya, termasuk menyalin sebahagian lantai belakang. Biar gitu jelah. Buat masa ini, kotak gear yang digunakan perlu dikunci menjadi pacuan depan dan masih mengharapkan set klac standard untuk menyalurkan kuasa ke bahagian roda.

Menariknya, sebahagian besar modifikasi kereta ini Edi bikin sendiri di rumah. Alas batu bata pun jadik. Bukan takat mengurangkan kos, tapi turut memberi kepuasan kepada diri sendiri…

 

 

Previous Post

PAK ANDAM 911

Next Post

DARK RABBIT

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved