Kalau sebut Honda je, memang sudah menjadi kegilaan ramai umat di luar sana, lebih-lebih lagi wanita. Betul ke? Kira kalau pakai Honda je dah boleh pikat hati gadis-gadis yang sedikit ‘materialistik’ la kiranya kan? Silap sebenarnya tu. Sesiapa pun main kereta disebabkan minat dan mereka berkemampuan. Yang keluar ‘statement’ macam tu biasanya dorang mengikut je apa yang netizen suka gembar-gemburkan.
Honda Civic memang tidak asing lagi di kalangan peminatnya baik di Malaysia mahupun luar negara. Terlalu banyak model-model menarik Civic telah dihasilkan oleh Honda dan ianya amat berjaya memikat hati penduduk dunia. Hebat bukan? Model yang dipaparkan kali ini juga antara yang hangat. Last dulu, saya tengok depan-depan jentera milik Zaki Airbrush dekat Litar Sepang. Lepas tu dah jarang nampak atas jalan raya Malaysia ni.
Dengan apa yang kita dapat lihat, model EP3 ini telah dibina berdasarkan konsep Mugen oleh pemiliknya. Majoriti peralatan yang dipadankan pada jentera ini adalah dari jenama ‘aftermarket’ terkenal Jepun. Nadi asal K20A Type R jentera ini telah dinaik taraf dengan beberapa alat ganti berprestasi. Antara yang dapat dilihat adalah throttle body J’s Racing, intake berukuran 30mm, hos radiator Bilion dan semestinya peralatan berjenama Mugen terdiri daripada kotak angin, penapis udara, pelindung palam pencucuh, penutup minyak enjin, radiator beserta penutup, adaptor sensor minyak dan air, penapis minyak enjin dan juga minyak enjinnya juga dari jenama tersebut. Gas karbon hasil pembakaran dalam enjin kemudiannya dihantar keluar melalui ekstraktor dan sistem ekzos lengkap dari Mugen.
Kuasa yang terhasil dari enjin dibantu pemgurusannya menggunakan unit ecu Mugen N1. Ia seterusnya dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear dikunci sepenuhnya LSD yang dilengkapi dengan klac Ogura Super Single.
Bagi memastikan sesi pemanduan dan juga kawalan lebih baik, set suspensi boleh laras Aragosta aloi telah dipasangkan. Beberapa peralatan berprestasi lain turut dipadankan bersama. Antaranya lower arm dan tie rod end dri M&M, ball joint J’s Racing, anti-roll bar dan strut bar Cusco depan dan belakang, lower arm belakang hardrace, camber boleh laras serta bar tengah boleh laas dari Skunk2. Fuhhh…. Betul-betul padu sistem handling jentera ni!
Kalau semua dah hebat, takkan nak pakai brek cap ayam kan? Maka dengan itu, si pemilik telah memasangkan sistem brek lengkap dari Mugen yang terdiri daripada monoblock 4 pot FD2R, pelapik brek type C, rotor depan dan belakang FD2R serta hos brek. Semestinya tegah layan top-speed boleh berhenti dengan tenang.
Melihat ruang dalaman jentera ini, ada suatu aura yang luar biasa menikam jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya. Semestinya ia dipadankan dengan peralatan dan juga aksesori yang memikat hati. Tempat duduk Mugen S1R lengkap dengan rel diletakkan kukuh bagi si pemandu dan penumpang disebelahnya. Pengendalian jentera menjadi lebih menghairahkan dengan kehadiran stereng Mugen race 3 yang lengkap dengan boss kitnya dan turut digandingkan bersama tombol gear serta pelindung ‘handbrake’. Deretan meter Defi Mugen membantu lagi pemantauan enjin dari bahagian kokpit. Selain itu, pedal dan pelapik karpet Mugen menambahkan lagi seri pada ruangan dalam jentera ini. Unit hiburan ringkas pioneer DVD dan sistem pembesar suara Carrozerria membantu untuk mengurankan tekanan bunyi dari ekzos.
Penampilan luarnya semestinya lengkap Mugen keseluruhannya. Bermula dari hood depan, spoiler, grill depan, lip, air duct gentian karbon sehinggalah emblem. Manalah pemilik dia ni korek tabung? Berpeluh masa nak taip cerita dia ni. Last sekali, dia masukkan pula rim Mugen MF10 saiz 17 inci dengan tayar Rovelo semi slick. Nut tayar dengan valve cap tu pun Mugen mat!
Spesifikasi :
SPESIFIKASI
- Pemilik : Angah Palan
- Model kereta:EP3 TYPE R (2003) Mugen Konsep
- Enjin : K20A type R, Intake extend 30mm japan, J’S trotle body, Mugen N1 ecu, Mugen airbox, Mugen air filter, Mugen plug cover 1st Gen, Mugen oil cap 1.5gen, Mugen radiator, Mugen radiator cap 2.0, Mugen adaptor oil sensor, Mugen adaptor water sensor, Bilion Radiator hose, Mugen oil filter, Mugen engine oil
- Ekzos : Mugen exraktor, Mugen catalizer, Mugen B pipe, Mugen twinloop mufler
- Transmisi : Mugen fullock lsd, Ogura super single
- Suspensi & Cesi : Aragosta full spec alloy body, M&M lower arm, M&M tierod end, J’S racing Ball joint, Cusco antirol bar, Cusco front&rear strut bar, Hardrace rear lower arm, Skunk2 adjustable camber, Skunk2 adjustable rear center bar
- Brek : Mugen monoblok 4pot Front Fd2r, Mugen brake pad type C, Mugen rotor FD2R Front, Mugen rotor FD2R rear, Mugen Brake hose
- Rim & Tayar : Mugen Mf10 17 Bronze, Mugen air valve cap, Mugen lock nut, Tayar Rovelo semi slick
- Luaran (exterior): Mugen hood EP3, Mugen spoiler, Mugen grill pFL, Mugen lip pFL, Mugen Air duct Cf, Maxton diffuser, Malaysia Emblem replacement from UK, Mugen equipment emblem Nos, eyelips custom japan, Full led bulb
- Dalaman : Mugen S1R sea, Mugen railing, Mugen Stereng race 3 suade, Mugen boskit, Mugen defi assist 3pcs meter, Mugen holder meter, Mugen gearnob, Mugen handbrek cover, Mugen padel, Mugen pad carpet, Panel CF look Honda acsess, Pioneer dvd, Carozzeria speaker
- Warna : Adi spray & Emy dartwork