­
Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Bukan Semua Kereta Tinggi Dan Bersaiz Besar Itu SUV!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
09/06/2020
in BULETIN, UTAMA

Bila sebuat tentang Sport Utility Vehicle (SUV) atau dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai Kenderaan Utiliti Sukan, ramai membayangkan sebuah kereta yang ada rekaan seperti Pajero lama, pacuan 4 roda dan boleh merentas laluan berbukit dengan mudah. Kemudian, timbul pula istilah Crossover membuatkan penulis sendiri keliru dan tidak pasti terjemahan yang tepat dalam bahasa Melayu kecuali Lintas Atas? Diharapkan pihak berwajib boleh mencadangkan perkataan yang sesuai.

Namun, hari ini kita bukan berbicara semata-mata tentang perkataan tetapi perbezaan di antara kedua-dua SUV dan Crossover.

Setiap kali kereta tinggi ala-ala Pajero melintas, secara spontan kita terus melabelkan ia sebagai SUV. Tak, ia tak salah pun tapi dari sudut teknikal ia kurang tepat. Lebih memburukkan keadaan apabila pengedar sendiri mencampuradukkan kedua-dua istilah ini pada semua kereta. Ayuh, kita sama-sama belajar apa itu SUV dan Crossover.

Cesi SUV
Perkara yang membezakan antara SUV dan juga Crossover ialah bagaimana struktur atau cesi sesuatu kereta tersebut dibina. Ia ibarat tulang belakang kepada kenderaan. SUV banyak menggunakan struktur ladder frame sebagai cesi utama dan kabin penumpang dibina di atas struktur ladder frame ini.

Antara kelebihan ladder frame ini ialah strukturnya sangat kuat dan tegar, sangat sesuai untuk digunakan di permukaan jalan tidak rata. Jadi anda akan jumpa banyak kenderaan jenis ini dibuat untuk pasaran negara yang baru membangun seperti Indonesia di mana fasiliti jalanraya masih di tahap kurang memuaskan.

Apabila cesi ini kuat, ia kurang mengalami masalah cesi flex atau meliuk ketika melalui jalan berlopak dan tidak rata. Cesi ini lebih tahan lama dan tahan lasak. Bagi menghasilkan kabin yang selesa, pelapik getah akan digunakan antara kabin dan cesi. Antara contoh kereta yang menggunakan cesi ini ialah Toyota Fortuner, Isuzu Mux, Nissan Pathfinder, Perodua Aruz, Toyota Rush dan Toyota Innova (sama cesi dengan Hilux dan Fortuner).

Segala kelengkapan seperti enjin, transmisi, sistem brek, sistem stering dan roda akan dipasang pada ladder frame. Namun ladder frame ini ada kelemahan juga. Selain berat ia juga agak mahal untuk dihasilkan. Kedudukannya yang tinggi menjadikan pusat graviti kereta menjadi tinggi, rasa gayat kalau ambil selekoh laju-laju.

Cesi Crossover
Penulis kurang pasti siapa yang menghasilkan crossover pertama di dunia. Namun penulis nak petik sejarah berkenaan Subaru yang satu ketika dulu sahamnya oleh dipegang Fuji Heavy Industry. Syarikat Fuji ini membekalkan tenaga elektrik, dimana sesetengah stesen janakuasanya berada jauh di pedalaman.

Untuk sampai ke sana, staff Fuji menggunakan kenderaan Toyota 4×4 untuk merentas laluan bersalji, berlumpur dan berbatu untuk ke sana. Toyota adalah kenderaan yang cemerlang, namun ia adalah trak dan tidak selesa. Apa yang jurutera Fuji buat ialah, ambil kereta keluaran Fuji dibawah jenama Subaru, tinggikan jarak kelegaan bumi dan tambah sistem 4×4 pada kereta.

Jadi mereka menghasilkan sebuah kereta dengan sistem 4×4. Poin di sini ialah crossover biasanya dihasilkan daripada cesi atau platform kereta yang dikenali dengan nama monocoque. Struktur yang membawa beban direka dan dipasang terus dalam struktur kereta bermula dari lantai sehinggalah kepada bumbung.

Bagi menghasilkan jarak kelegaan bumi yang tinggi, ia biasanya dipadankan dengan sistem gantungan seperti spring dan penyerap hentak yang lebih panjang bagi membolehkan Crossover melalui permukaan jalan berbatu dengan senang. Katakanlah anda nak masuk kebun durian musang king, sudah tentu boleh lepas.

Kelebihan cesi ini menyebabkan anda rasa memandu sebuah Crossover bagaikan memandu sebuah kereta yang sedikit tinggi. Jika memandu di jalan tidak rata dan berlopak, pergerakan spring dan penyerap hentak yang bergerak lebih jauh akan menyebabkan pemanduan terasa lebih selesa

Memandu Fortuner akan mengingatkan anda bagaikan memandu sebuah trak yang kecil. Disebabkan ladder frame menyerap sebahagian besar daya ketika melalui lopak, ia terasa agak keras walaupun cuba dilembutkan dengan tayar. Namun ketika melalui jalan berbatu, anda boleh redah dengan sangat mudah.

Pacuan Tayar
SUV biasanya akan datang dengan sistem pacuan 4 roda atau singkatannya 4WD atau 4X4. Manakala Crossover kebiasaannya akan datang dengan sistem pacuan semua roda yang dikenali dengan nama All Wheel Drive atau AWD tapi bagi menjimatkan kos, banyak Crossover datang dengan pacuan 2 tayar depan saja.

Pacuan 4 roda atau 4X4 biasanya ditawarkan pada SUV ataupun trak pikap dengan kebolehan untuk pemandu memilih mode pemanduan. Mode ini boleh dipilih pada papan pemuka kenderaan samaada pacuan 2 roda belakang, pacuan 4 roda Low Range atau pacuan 4 roda High Range bagi pemanduan lebih mencabar.

Keadaan ini wujud kerana sistem 4X4 menggunakan satu komponen yang dipanggil Transfer Case yang menerima input daripada enjin. Pemandu akan memilih mode pemanduan dan menghantar maklumat tersebut pada Transfer Case

Sistem AWD yang dipasang pada Crossover pula dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer. Terdapat satu komponen yang dipanggil Center Differential yang digunakan di sini bagi menggantikan Transfer Case. Center Differential memiliki sistem klac yang dikawal oleh komputer.

Dalam pemanduan biasa, hanya 2 tayar sahaja digunakan untuk menggerakkan kereta. Sebaik sahaja sensor mengesan tayar tergelincir, Center Differential akan menghantar kuasa pada tayar yang ada cengkaman (depan/belakang/kiri/kanan) bagi menggerakkan kereta ke depan. Jalan basah, bersalji, kawasan berlumpur merupakan medan pemanduan AWD.

Namun sebaik sahaja anda berhasrat untuk memasuki laluan hutan, sistem AWD ini tidak mampu memenuhi hasrat pemanduan anda. Kuasa yang dialirkan melalui klac ada hadnya. Sistem transfer case dengan gigi gear lebih sesuai digunakan.

Kesimpulannya, SUV biasa datang dengan cesi ladder frame yang lebih tahan lasak serta dipasang dengan sistem pacuan 4 roda yang lebih berkuasa. Contoh SUV ialah Fortuner, Mitsubishi Pajero, Ford Everest, dan Isuzu MUX.

Agak-agak Perodua Aruz dengan cesi ladder frame tapi tanpa sistem 4×4 boleh masuk kelas SUV atau Crossover? Kalau Crossover ia akan menggunakan cesi monocoque dan sistem pacuan semua roda AWD seperti Subaru XV, Hyundai Santa Fe, Kia Sportage AWD, Mazda CX5 AWD, dan Honda CRV AWD. Namun, ada juga model Crossover yang datang dengan pacuan depan saja seperti Honda BRV, Honda HRV, Mazda CX30, Hyundai Tucson dan juga Perodua D55L.

Sekiranya anda gemar kereta yang tinggi disebabkan ia menawarkan pandangan yang lebih jauh dan lebih yakin ketika meredah banjir kilat, sesekali masuk kampung mencari buah dan sukakan kenderaan yang bersifat seperti kereta maka Crossover lebih sesuai untuk anda. Varian pacuan 2 roda biasanya akan lebih menjimatkan petrol.

Jika anda memang memerlukan sebuah kenderaan lasak meredah laluan berbukit berlumpur, taukeh balak, suka berkhemah dalam hutan setiap minggu dan memiliki hobi memanjat bukit dengan kereta, maka SUV lebih sesuai dengan anda. Jangan beli ikut orang, beli ikut keperluan diri ya.

Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

 

Previous Post

Tanpa Perubahan Harga, RM124.8K

Next Post

PERODUA TURUN HARGA KERETA 3-6% MULAI HARI INI!

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved