Pengikut rapat jenama Roll Royce pastinya tahu dan masih lagi mengingati kereta mewah keluaran syarikat itu, Sweptail yang dikeluarkan pada tahun 2017 yang berharga 10 juta pound (RM59 juta).
Kali ini, Roll Royce memperkenalkan sebuah model terbaharu yang dikatakan paling di dunia, Boat Tail. Direka khas untuk golongan hartawan, Boat Tail ini bernilai 20 juta pound (RM117) yang mana berharga dua kali ganda daripada Sweptail.
Diilhamkan dari kapal layar J-Class pada awal abad ke-20 dan Roll Royce Boat Tail tahun 1920. Kereta ini sesuai untuk golongan yang mahukan limosin mewah dan tampil unik di mana bahagian pemandu direka di sebelah kiri.
Sebagaimana yang dapat dilihat, bahagian dek belakang kereta yang diilhamkan dari kapal layar. Dek belakang ini akan terbuka sebaik sahaja butang ditekan dan membentuk seperti sayap rama-rama.
Sesuai digunakan untuk berpiknik dan bersantai di luar rumah. Lebih istimewa lagi, bahagian kanan disediakan sebagai tempat letak makanan yang didatangkan bersama pemanas dan juga peralatan mengawal suhu makanan.
Sumber : Utusan