Mercedes-Benz CLK 63 AMG Black Series, hanya 500 unit dihasilkan untuk pasaran global sepanjang 3 tahun pengeluarannya dan kurang 350 boleh ditemui di Amerika Syarikat termasuk yang dilihat sekarang ini. Menurut catatan pada odometernya, kereta ini hanya dipandu sejauh 13,035km. Namun, keadaannya masih lagi elok ditambah seri lagi dengan bahagian dalam yang dihiaskan dengan salutan kulit berwarna hitam.
CLK 63 AMG Black Series ini dikuasakan oleh enjin V8 6.2 liter dan menguasakan 500hp dan tork 465lb-ft (630Nm) dipadankan bersama transmisi automatik 7-kelajuan dan pacuan belakang. Kelajuannya dari 0 sehingga 62 mph (0-100 km/j) dalam masa tak lebih dari 4 saat dan kelajuan tertinggi dicatatkan pada 186mph (300 km/j). Namun, setelah dimodifikasi kereta ini mempunyai lebih 25hp.
Selain itu, ia turut dilengkapkan dengan sistem ekzos baharu dan cakera brek belakang yang lebih ringan. Melengkapi kereta ini adalah rotor brek stok, wing gentian karbon dan beberapa perkakasan lain termasuk air compressor.
Sumber : Carscoops