Walaupun masih ramai yang tidak boleh menerima hakikat ini tetapi percayalah, kita sedang menuju ke arah kenderaan elektrik untuk industri automobil menuju ke masa hadapan. Kebanyakan pengeluar sedikit demi sedikit melabur dalam pembangunan kereta baharu dengan teknologi ini.
Sudah banyak pengeluar yang mengubah perancangan asal mereka dan menumpukan usaha kepada pembangunan kenderaan elektrik dan keperluan untuk mengubah kereta yang dikuasakan oleh gasolin perlahan-lahan digantikan dengan kuasa elektrik tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, dengan penambahan tenaga kerja yang menumpukan seluruh usaha dalam pembangunan kenderaan elektrik, yang kian berkembang.
Pertama kali bermain idea dengan kereta elektrik, Mate Rimac telah mengubah kereta BMW E30 miliknya dan lihatlah apa yang telah terjadi kepadanya selepas sepuluh tahun. Begitu juga dengan pemilik Bisimoto, Bisi Ezerioha yang menukar salah satu kereta Porsche miliknya dan ia tidak berakhir di situ.
Baru-baru ini, Jonny yang juga pengacara Fifth Gear beberapa tahun lalu, memandu sebuah EV dari Mazda MX-5 NB. Kini, MX-5 ini menjadi salah sebuah kereta yang seronok dipandu dengan enjin yang tidak begitu menarik . Menukarknya menjadi sebuah kenderaan elektrik tidaklah sia-sia, kan?
Pembinaan MX-5 ini dibina oleh beberapa orang yang bertugas di Zero EV untuk projek terbaharu mereka dan ianya tidak mengejutkan sekiranya para pemilik Mazda akan benar-benar mengubah kereta mereka menjadi kenderaan elektrik sepenuhnya. Tenaga semasa yang diperlukan adalah dalam anggaran 100 batu (160 km), namun pemanduan yang lebih cermat boleh memberikan peningkatan autonomi.
Pada talaan terbaharu ini, motor elektrik ini menghasilkan 120 hp dan tork pada 169 lb-ft yang mana menjadikan ia kepada 0 – 60 mph (97kph) pecutan dalam masa 8.5 saat, hampir menyerupai kuasa MX-5 NB 1.8 liter. Selepas beberapa petunjuk yang diberikan oleh Jonny menerusi kerja tangannya ke atas MX-5 ini, dapat dilihat dengan jelas sebuah kenderaan EV yang sangat istimewa, sebuah Nissan Skyline R32 RWD di bahagian akhir yang mungkin akan beraksi sekitar tahun 2021 nanti.
Sumber : Auto Evolution