Honda Malaysia mengumumkan lebih 80,000 unit kereta telah dijual syarikat tersebut, sekali gus mencapai sasaran jualan untuk tahun 2023. Pencapaian cemerlang ini telah membolehkan Honda Malaysia kekal di posisi nombor 1 dalam segmen Kereta Penumpang Bukan Nasional untuk sepuluh tahun berturut-turut sejak tahun 2014.
Tahun 2023 merupakan tahun pemulihan dengan penampilan positif untu Honda Malaysia di mana telah melancarkan sebanyak 4 model baharu di penggal kedua tahun lepas. Model-model kereta yang dilancarkan adalah WR-V, City, Civic Typre R dan All New CR-V. Manakala tiga model dengan jualan tertinggi ialah City, HR-V dan City Hatchback, masing-masing menyumbangkan jualan sebanyak 30%, 25% dan 13% dalam jumlah jualan keseluruhan syarikat. Malah, model WR-V, HR-V, CR-V dan Civic muncul nombor 1 dalam segmen masing-masing.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Hironobu Yoshimura berkata bahawa tahun 2023 merupakan tahun penuh cabaran kerana berdepan dengan persaingan dalam pasaran. Bagaimanapun, Honda Malaysia berjaya mengatasi dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk tahun 2023 kerana sokongan para wakil pengedar dan juga kerajaan Malaysia.
Pencapaian cemerlang Honda Malaysia tahun 2023 sebahagian besarnya datang dari pelancaran WR-V pada Julai lalu. SUV kecil yang ikonik ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di pasaran. Begitu juga varian RS yang merupakan penyumbang terbesar iaitu 60% dari jumlah keseluruhan jualan. Syarikat Honda Malaysia menjual lebih daripada 7,800 unit WR-V dalam masa enam bulan pertama sekali gus membuktikan populariti model ini di Malaysia.
Sekiranya ingin mengetahui informasi model-model Honda, sila kunjungi mana-mana 101 wakil pengedar Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas Honda Malaysia 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.