Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Bersama MAM Peringkat Negeri Perak 2020

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
05/11/2020
in BULETIN, UTAMA

Bertempat di Bahagian Pembangunan Sukan JBS Negeri Perak telah berlangsungnya Forum Online Cabaran Sukan Bermotor Bersama MAM pada 4 November 2020. Dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBS) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), forum ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan negeri Perak yang juga bertindak selaku moderator bagi forum secara atas talian ini.

Forum dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh YB Tuan Khairul Shahril Bin Mohamed , Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia negeri Perak kepada semua peserta dan penggiat sukan permotoran yang bersiaran secara atas talian. Seterusnya Tuan Moderator En. Mohd Khairol dari Jabatan Belia Sukan Negeri Perak bersama dengan dua wakil daripada MAM iaitu Puan Nilley binti Jalius dan juga Encik Muhammad Husaini Behesti menerangkan beberapa perkara antaranya pengenalan mengenai MAM itu sendiri dan beberapa perkara penting lain termasuk isu lesen perlumbaan dan acara perlumbaan yang dikawal selia.

Bagi makluman, MAM adalah badan induk bagi sukan permotoran di Malaysia yang diiktiraf oleh Fédération Internationale de I’Automobile (FIA) untuk sukan permotoran 4 roda dan Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM) bagi sukan permotoran 2 roda. Sebagai badan induk sukan permotoran Malaysia, tugas dan kewajiban MAM adalah untuk memastikan sukan permotoran berkembang di Malaysia dan terus diungguli di semua peringkat.

Objektif utama MAM adalah untuk memastikan semua acara sukan permotoran di Malaysia mendapat sijil kawal selia demi kebaikan dan keselamatan pelumba dan juga penganjur. MAM juga berharap dapat meningkatkan jumlah pemegang lesen bagi sukan permotoran dan mewujudkan platform bagi pelumba untuk mengambil bahagian di peringkat zon dan antarabangsa. MAM mengharapkan persaingan yang adil melalui pegawai yang mempunyai taraf lebih tinggi dapat dicapai melalui latihan yang disokong oleh FIA dan FIM.

Dalam sesi pertama, walaupun masa diberikan agak singkat tetapi maklumat diberikan berjaya disampaikan oleh Puan Nelly dan juga Encik Behesti dari MAM. Seterusnya, sesi kedua menjadi lebih meriah dengan kehadiran ikon permotoran negara yang dijemput ke Konti Jabatan Belia Sukan Perak iaitu Tuan Haji Wazi Abdul Hamid dan juga pelumba kereta GT negara saudara Afiq Ikhwan melalui aplikasi atas talian (online).

Wazi Abdul Hamid bukan satu nama yang asing bagi peminat sukan bermotor Malaysia. Beliau merupakan seorang bekas pelumba motor Malaysia dan juga lagenda Cub Prix negara. Kini Tuan Haji Wazi banyak terlibat dengan ceramah-ceramah keselamatan jalan raya dan berkongsi ilmu yang beliau ada dengan penunggang motosikal di Malaysia dengan imej bersih serta kemas, Legend 21 ini sangat senang didekati dan tidak lokek berkongsi ilmu sebenarnya.

Manakala Afiq Ikhwan pula telah berjaya dalam perlumbaan karier GT yang disertainya. Juara 4 kali ini adalah pemegang rekod juara bagi Lamborghini Super Trofeo Asia Series Juara pada tahun 2015 (Kelas Pro), 2016 (Kelas Pro-Am), 2017 (Kelas Pro) dan pada tahun 2019 (Kelas Pro-Am). Beliau telah memenangi perlumbaan di Lamborghini Super Trofeo World Final (Kelas Pro) pada tahun 2018 dan berada di tempat kedua secara keseluruhan dalam acara yang diadakan di Vallelunga, Itali. Pada tahun 2017, Afiq memandu untuk Sepang Circuit dan memandu kereta LMP2 di Asia Leman Series. Bagi tahun 2017/2018, beliau telah memenangi perlumbaan di Buriram Thailand bersama 2 Pemandu Malaysia yang lain.

Pada sesi kedua, kedua-dua ikon perlumbaan ini bercerita dan berkongsikan pengalaman pahit dan manis serta pandangan mereka dalam cabaran mengharungi sukan perlumbaan berdasarkan pengalaman masing-masing. Kedua-dua panel jemputan ini memberikan cerita masing-masing dalam mengharungi cabaran sukan bermotor, ada yang suka dan ada yang duka. Seandainya ada yang terlepas peluang melihat live streaming ini, anda boleh melayari halaman facebook Jabatan Belia Sukan Negeri Perak untuk siaran ulangan.

Forum yang dijalankan secara atas talian di Facebook Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak ini turut melibatkan komunikasi dua hala antara panel dan juga penonton. Ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan memberikan lebih informasi dan juga memeriahkan komuniti tempatan negeri khususnya para Belia Negeri Perak yang mempunyai latar belakang dan meminati sukan permotoran.

Sebarang makluman lanjut, sila hubungi Pegawai Penyelaras Encik Mohd Shahrin bin Zakaria di talian 019-4547882. #TeamJBSPerak

Previous Post

Informasi Tepat Dan Terkini, Mudah Dan Pantas!

Next Post

600 Unit Tempahan Dalam Sebulan, Kekal Jadi Pilihan Ramai

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved