Lama tak dengar cerita dari Encik Bob, kan? Kali ini ada sedikit perbezaan. Laporan lebih santai dan beramah mesra dengan abang-abang nature daripada kelab Perodua Kembara Malaysia 4WD. Encik Bob berkesempatan bersama penyelaras program, saudara Daedly Eddy dan rakan-rakan ke negeri Perak Darul Ridzuan kew Draco Nature Camp.
Konvoi bermula dari Rawang dan rombongan ini tiba pada waktu petang. Ketibaan para peserta disambut mesra oleh saudara Jai yang turut berkongsi ilmu dan menerangkan mengenai Draco Nature Camp. Kem ini berkonsepkan ‘educational nature camp’ dengan objektif utamanya untuk mendidik orang ramai agar menghargai dan menjaga alam sekitar.
Selain menyediakan tapak perkhemahan, Draco Camp site juga menyediakan aktiviti berkaitan nature educational seperti Nature Walk, Night Walk, Hiking, River tracking, abseling, team building serta nature school. Apa yang istimewanya di sini? Para camper digalakkan utk mengamalkan prinsip “leave no trace” di mana pengunjung atau tetamu perlu membawa balik sampah dan tiada tong sampah disediakan.
Geng Perodua Kembara Malaysia 4WD sempat bermalam selama 1 hari sebelum bergerak pulang pada keesokan harinya. Menurut penyelaras program, saudara Daedlyi Eddy, banyak lagi perancangan di masa depan bersama rakan-rakan kembara menjelajah tempat nature sebegini.
Kepada geng-geng nature di luar sana, korang wajib cuba Draco Camp Site di Perak ni.
Perkongsian : En. Bob