Berita pelancaran dua SUV elektrik ini mula tersebar menerusi perkongsian Volkswagen Group yang dikongsikan Automarket yang mendedahkan kedua-dua Q5 e-tron dan generasi baru Macan bakal didedahkan pada tahun 2022. Tidak banyak yang dikongsikan secara khusus tentang Q5 e-tron pada ketika ini. Apa yang pasti, pengeluar kereta Jerman itu sedang membangunkan kedua-dua model Q e-tron dan Q e-tron Sportback. Terdapat kemungkinan, Q-e tron yang lebih besar akan berkongsi komponen mekanikal dengan model adiknya yang lebih kecil.
Sekiranya benar, maka Q5 e-tron akan menggunakan platform MEB yang telah pun digunakan oleh beberapa model lain seperti VW 1D.4 dan Skoda Enyaq iV yang melibatkan pelbagai konfigurasi motor elektrik dan pilihan bateri yang berbeza termasuk kedua-dua motor tunggal, versi pacuan roda belakang dan dwi-motor atau AWD (all wheel drive).
Manakala untuk kereta elektrik Macan, sebagai permulaan ianya akan dijual bersama generasi terkini ICE Macan tetapi dengan wajah terbaharu yang diperlihatkan oleh Porsche. Tidak seperti q5 e-tron, Macan elektrik ini berpandukan seni bina PPE yang dibangunkan oleh Porsche bersama Audi. Ia juga akan ditawarkan dalam beberapa varian lain dan dalam masa yang sama, Porsche telah mendedahkan ia sudah menguji crossover elektrik dengan 4 motor elektrik. – carscoops