Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

BABY G

Saiful by Saiful
18/11/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Bila sebut Silvia atau Skyline, rata-rata peminat kereta seluruh dunia mesti kenal dengan model berprestasi tinggi keluaran Nissan nih. Popularitinya begitu ketara, hinggakan helaian manga Initial-D dan francais filem Fast & Furious pun ada kelibatnya. Bagaimana dengan Pulsar? Ia hanya sebuah model bersaiz kompak, yang berkongsi platform dan nama dengan Sunny. Fuh, tak glemer langsung!

Tapi dalam rangkaian model Pulsar yang pernah diperkenalkan, ada satu varian yang dibina untuk maksud yang lebih serius. Dikenali sebagai Pulsar GTi-R, ia merupakan model homologasi sebenar yang dihasilkan Nissan, untuk menyertai perlumbaan Group A di Kejohanan Rali Dunia (WRC). Dilengkapi enjin dipertingkat SR20DET (54C), sistem pacuan AWD Attesa dan nisbah kuasa kepada berat yang sangat ideal, Pulsar GTi-R pernah menjadi raja segala hot hatch di zamannya hingga diberi jolokan nama Baby Godzilla.

Kisah kereta ini bermula apabila bapa kepada Vic, berpeluang membawa masuk sebuah model JDM yang diidamkan. Walaupun boleh membeli model berprestasi tinggi seperti Skyline, beliau lebih berminat untuk memiliki sebuah model underated seperti Pulsar GTi-R nih. Mungkin statusnya sebagai veteran rali, menyebabkan model-model homologasi lebih menarik perhatian. Sejak itu, Vic telah berkongsi minat yang sama dengan bapanya, hingga menjurus beliau menceburi bidang perlumbaan secara serius.

Vic tidak menggunakan kereta ini untuk pemanduan harian. Sekali sekala, ia akan dibawa mengasah bakat di laluan trek dan touge. Untuk menghasilkan sebuah kereta yang seronok dipandu, bahagian kepala silinder telah dirombak semula, menerusi kerja-kerja port & polish, sebelum menerima sepasang aci sesondol Tomei Procams 260°. Sekeping gasket keluli 1.2mm dari HKS turut dipasang bagi memastikan enjin ini mampu menerima tekanan yang lebih tinggi.

Keupayaan turbo asal dipertingkatkan dengan turbo Garrett GT2871R, yang masih memiliki lengkung saiz yang hampir sama. Kedudukan intercooler tidak berubah, tapi digantikan dengan unit ARC yang lebih besar. Sebaik injap 4-throttle pada plenumnya ditutup, lebihan boost yang tidak digunakan akan dibawa keluar menerusi injap pelepas HKS SSQV. Bagi mengurangkan suhu dan mengelak letusan pra matang ketika boost tinggi, Vic turut memasang kit water-methanol dari Snow Performance.

Bekalan bahan api datang dari pam petrol Walbro. Sebuah tangki surge dari Works Engineering juga dipasang, untuk memastikan tekanan bahan api yang stabil ketika menyenget di kawasan selekoh. Vic turut menggantikan penyuntik asal dengan set injektor EVO 560cc, serta pemasangan unit regulator Sard Type RJ. Bagi mengatur kembali perjalanan enjin ini, sistem pengurusan telah diprogram semula menggunakan unit ECU Apexi Power FC.

Sistem pacuan empat roda Attesa kereta ini dipertingkatkan, dengan padanan kotak gear Pulsar GTi-R model RB yang memiliki nisbah gear lebih baik. Termasuk dalam pakej ini adalah set klac jenis plet berkembar dari OS Giken. Memastikan kuasanya mampu diagih ke bahagian roda dengan cemerlang, kit LSD Nismo telah digunakan pada roda depan dan belakang.

Vic masih mengekalkan rupa paras asal kereta ini, kecuali penggunaan rim 17-inci Rays Sebring ITC beserta tayar Federal 595 RS-R dari saiz 215/45ZR-17. Sistem gantungan ditala secara khusus menggunakan set suspensi kustom buatan Titan. Untuk brek pulak, komponen dari Skyline R32 GTS telah ditempatkan pada bahagian hadapan, sebelum dipadankan dengan pad brek Endless CCR dan hos brek braided yang lebih pejal.

Bahagian dalaman memberi petunjuk yang ia bukan standard seperti disangka. Vic telah mengenakan set roll-cage 6-point Safety 21 dari Cusco demi keselamatan ketika berjimba. Tempat duduk pemandu diganti dengan bucket Sparco Rev 2000 beserta harness dari King Dragon. Manakala sebuah meter boost Apexi, melengkapkan penampilan ringkas ruang ini.

Dimaklumkan hanya beberapa unit sahaja Pulsar GTi-R yang sah, sedang berlegar riang di negara ini. Kalau campur yang piang sekali pun, belum tentu boleh kira sebelah tangan. Memang bertuah sungguh apabila Vic, dapat mewarisi sebuah hot hatch yang rare seperti ini…

 

Previous Post

CARROOF MOTORSPORT, LUBUK SUNROOF ANDA

Next Post

SAN ALI 76

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved